Thursday, April 21, 2011

Sifat Pemaaf:Contohi Rasullullah SAW-Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Nabi Muhammad SAW mempunyai banyak sifat yang terpuji dan salah satunya adalah sifat pemaaf. Baginda sentiasa memaafkan dan mengutamakan orang lain sehingga ke akhirnya. Inilah antara sikap yang terpuji
yang boleh dicontohi.

Sifat pemaaf dapat menyelesaikan pertelingkahan dengan cepat dan mengelakkan pekara yang tidak diingini dari berlaku atau berlarutan. Jika kita kita buat silap, cepat-cepat minta maaf, janganlah kita angkuh untuk minta maaf. Jika orang minta maaf kita belajarlah memaafkan mereka, kalau rasa susah sangat nak maafkan, bagitahu diri anda untuk maafkan orang itu kerana Allah SWT. Allah suka dan sayang pada insan yang pemaaf.


Penulisan: Raja Mohamad Zatimi Raja Putera
Sumber gambar: Iluvislam.com

2 comments:

  1. Sekadar renungan bersama, adalah baik bagi seseorang memaafkan seseorang sebelum kita tidur. Kerana dari situ kita akan merasa kelapangan dada dan akan berasa tenang. Jika terus memendam perasaan tu, itu amat menyakitkan.Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.

    Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :

    “Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”

    So apa kata start malam ni, kita memaafkan semua orang supaya hati kita jadi bersih, tenang dan gembira. Esoknya, kita mesti ceria.

    ReplyDelete
  2. saya memang amal mcm tu, zaman sekolah ada cikgu ajarkan petua itu :) Cikgu tu ajar jugak sebeleum tidur cuba ingat apa yang berlaku hari ni, dan cuba rancang esok nak buat apa. Kita akan ingat byk perkara dan tangkas besoknya.

    ReplyDelete