Thursday, March 31, 2011

Words of Wisdom / Mutiara Kata 4 (Motivasi / Motivation)





Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
"Adalah baik mencontohi orang lain, namun adalah lebih baik mendidik diri sendiri."
"Adalah baik mengikut orang lain (hal kebaikan) namun lebih baik jika kita yang cuba dan mulakan dahulu."
Raja Mohamad Zatimi Raja Putera 1.04.2011

Tuesday, March 29, 2011

Kelebihan / Fadilat Ilmu (Tazkirah)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, kali ini saya ingin berkongsi kelebihan dan kebaikan ilmu.

1. Sesiapa yang menolong orang yang menuntut ilmu, Allah SWT akan memberi surat amalannya dengan tangan kanannya.

2.Orang yang menuntut ilmu syafaat seumpama syafaat para nabi,ia akan diberi:
    a) Syurga Firdaus sepuluh ribu Mahligai
    b) Syurga Khuldi seratus ribu Madinah daripada cahaya
    c) Syurga Ma'wa tiga puluh ribu darjat permata merah
    d) Setiap dirham yang dinafkahkan ketika menuntut ilmu diberi bidadari sebanyak bilangan bintang-bintang di langit dunia.
    e) Orang yang bersalam (berjabat tangan) dengan orang yang menuntut ilmu, Allah haramkan jasadnya daripada api neraka.
    f)  Orang yang menolong orang yang menuntut ilmu, Allah suratkannya terlepas daripada api neraka
   g)  Apabila orang yang menuntut ilmu meninggal, Allah mengampunkan dosa orang yang hadir pada jenazahnya.

3. Sesiapa yang mengasihani 'ulama' tidaklah ditulis kesalahan (sepanjang) kehidupannya.

4. Sesiapa yang menolong orang alim atau orang yang menuntut ilmu walau hanya dengan hanya memberi minum sekali, pahalanya seolah-olah dia membina  Ka'abah sebanyak 70 kali.

5. Apabila orang belajar ilmu lalu di sesuatu kampung, Allah mengangkat azab ahli kubur di kampung itu selama 40 hari.

Sumber: MATLA' AL-BADRAIN Jilid 1 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JPM) MS 5-7 (Fadilat Ilmu)

Monday, March 28, 2011

Words of Wisdom / Mutiara Kata 3 (Motivasi / Motivation)



"Berhati-hatilah, orang yang kita ambil berat boleh mengambil ringan terhadap kita"
"Beware at all times with those you care about so much as they can regard you the opposite direction"
Raja Mohamad Zatimi Raja Putera, Mac 2011

Sunday, March 27, 2011

Pujian dan Syukur pada Allah yang Maha Pencipta. (Tazkirah)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, marilah kita merenung kehebatan yang Maha Esa. Allah adalah pencipta yang Maha Bijaksana kerana Allah mencipta kita dalam rahim walaupun ianya terselindung dan tertutup, Allah menyempurnakan kejadian kita dengan sempurna. Itulah bukti Kebesaran dan KekuasaanNYA. Amatlah mudah bagiNYA. Allahuakbar. Ini belum lagi cerita tentang segala ciptaanNYA yang lain. Bayangkan kita nak buat sesuatu kerja dalam tempat terang lagi bersuluh pun banyak kesusahannya. Semoga kita ingat dan cuba sebaik-baik untuk patuh padaNYA, kerana DIA mencipta kita dengan penuh hikmah dan kebaikan. Alhamdulillah. Semoga kita ucapkan syukur selalu diatas kemurahan dan kasih sayangNYA.

Mutiara kata 2/ Words of Wisdom 2 (Motivasi/Motivation)

"Masuklah melalui setiap pintu peluang yang berada di hadapan anda."
 Raja Zatimi, diilhamkan lirik lagu "Rolling in the Deep" oleh Adele.

"Walk through every open door of opportunities right in front of you"
Raja Zatimi, Inspired from Adele's "Rolling in the Deep" lyrics.

It's like magic when you can turn simple things into wonders.
Raja Zatimi

Thursday, March 24, 2011

Bersederhana dalam Cinta dan Benci (Tazkirah)



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, sedikit perkongsian mengenai cinta dan benci.
"Cintailah kekasihmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu ia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti." Sayidina Ali bin Abi Talib.

Mudarat Merokok Si Pembakar Usia (Motivasi)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, Rokok adalah pembakar usia, sama ada tua atau muda, jika mengambil rokok bermakna bersama-sama membakar diri... Oleh kerana banyak mudaratnya,
maka kebanyakan pendapat para ulama, hukum merokok menjurus kepada haram.

Mudarat Rokok:

1. Memendekkan Usia
2.Penyebab penyakit merbahaya seperti Kanser dan Strok.
3.Membahayakan kesihatan anak-anak kecil angkara sikap kita
4.Ketagih
5.Bau mulut tidak menyenangkan
6.Membazirkan wang dan waktu (Mahal sekarang ni) penatnya kerja cari duit...
7.Mempercepatkan proses penuaan
8.Punca gigi menjadi kuning
9.Mudah letih dan kurang cergas
10. Menjejaskan sistem reproduktif

Jadi marilah fikir-fikirkan adakah rokok ini memberi manfaat yang lebih atau hanya merugikan diri? Kesihatan kita adalah kurniaan Allah yang boleh ditarik balik bila-bila masa....semoga kita menghargai tubuh badan kita dan tidak terlibat dengan perbuatan yang boleh merosakkannya....jadi, renungkanlah....

Demi Masa (Tazkirah)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, Masa adalah juga makhluk Allah. Masa haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya dan tidak dibazirkan dengan sewenang-wenangnya atau digunakan ke arah yang tidak baik...masa kian bergerak pantas, Ahli Saintis menyatakan gempa bumi yang  besar mengurangkan beberapa saat masa dibumi, namun kebenarannya hanya Allah SWT yang maha mengetahui...

Allah SWT mengajar kita kepentingan masa melalui surah Al-ASR, iaitu orang yang beruntung adalah orang yang menggunakan masa dengan berpesan-pesan ke arah kebaikan. Semoga kita faham dan cuba menyahut seruan itu insyaAllah.

Tuesday, March 22, 2011

Di Sebalik Cap Jari (Fingerprints)- (Renungan)







Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, beberapa bulan yang lepas ada terbaca buku yang menyatakan cap jari itu ada fungsi yang amat penting selain digunakan sebagai identiti pengenalan diri dan pengesan dokumen. Di akhirat nanti, setiap benda yang kita sentuh atau pegang akan terlihat kesan cap jari kita, seperti kita tahu cap jari adalah unik, hanya satu bagi setiap manusia seluruhnya...semoga kita jadikan pengetahuan ini sebagai sempadan dari melakukan pekara yang tidak baik, agar tidak terlihat di kemudian hari..insyaAllah.. Ini hanyalah perkongsian dan peringatan pada diri sendiri dan kenalan yang ingin menjaga kebaikan dirinya.

Monday, March 21, 2011

Mengawal Marah (Tazkirah)


Marah merupakan sifat atau tabiat yang menyebabkan jiwa seseorang menjadi tidak tenteram.
Biasanya apabila seseorang marah, dia akan hilang pertimbangan dan boleh bertindak diluar jangkaan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bukanlah yang gagah perkasa itu seorang yang mampu merebahkan orang lain, tapi sebenarnya orang yang gagah perkasa adalah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.”

Punca Marah: Marah berpunca daripada bisikan syaitan yang dicipta dari api (Perasaan: Sedih+Sombong).

Merawat Marah:
1.Segera mengingati Allah
2.Berlindung kepada Allah
3.Wuduk
4.Diam merawat kemarahan
5.Duduk, berbaring

Kelebihan Mengawal Marah
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa mengawal marah padahal ia boleh melepasnya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya.”

Sumber: Solusi Isu no 29 2011

Friday, March 18, 2011

Hikmah Allah pada "ASMA UL HUSNA" -Tazkirah

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, "ASMA UL HUSNA" nama-nama Allah yang indah yang menerangkan Zat-Zat Allah SWT yang sangat baik. Kebenarannya jelas disebut dalam AL-QURAN. Biasanya diamalkan sebagai zikir.

Sekarang, timbul isu ada agama lain yang ingin terjemah perkataan "Tuhan" kepada Allah dan meletakkan dalam kitab mereka. Mereka mengggunakan alasan "translation" iaitu alih bahasa. Perkataan "Tuhan" bolehlah ditranslate kepada "God" dan sebagainya.....tetapi tidak "ALLAH".Kita sedia maklum bahawa Allah adalah Maha ESA, iaitu tiada Tuhan melainkan DIA.

Allah adalah nama yang merangkumi dan mencakupi 99 namaNYA yang lain. Nama-nama tersebut melambangkan Zat-Zat Allah seperti KeperkasaanNYA, KesucianNYA dan KekayaanNYA. Ini bermaksud Allah tidak boleh dipisahkan dengan nama-namanya yang lain apatah lagi diterjemah, kerana Allah sendiri yang menyatakan namanya (Allah) dalam Al-Quran berserta ASMA UL HUSNA, bukannya dalam bahasa manusia ataupun terjemahan.


Sebagai muslim kita kena sedar hakikat kebenaran ini. Jangan kerana kita tidak peka atau cetek pengetahuan, ada anasir lain yang menggunakan kecerdikan mereka untuk menipu kita. Tetapi kebijaksanaan atau kejahatan mereka tidak akan dapat menolak kebenaran Allah SWT. Allah lagi Maha Mengetahui niat mereka terlebih dahulu.

Seperti banyak pekara yang tertulis di dalam AL-QURAN telah dilihat di alam ini, sudah terdapat banyak tanda-tanda dan Kalimah Allah yang terlihat di dunia sebagai petunjuk kebenaran bagi orang yang ingin beriman kepada Allah SWT,contohnya pada awan dilangit, buah-buahan, tanaman dan tubuh badan manusia, maka ada pihak yang ingin mengambil kesempatan memutar belitkan kebenaran bagi kepentingan masing masing. Maka kita yang diberikan cahaya AL-Quran dan akal fikiran oleh Allah SWT, mesti sentiasa tahu akan kebenaran supaya kita selamat dunia dan akhirat. Bersama-sama kita berdoa supaya Allah terus memelihara kita selalu. Amin.

Setiap pekara yang Allah jadikan semuanya mempunyai hikmah. Inilah juga Hikmah ASMA UL HUSNA iaitu menyatakan KebenaranNYA. Allah yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana (AL HAKIM).

Rujukan:

Buku ASMA UL HUSNA: NUR FATIMA RUSD JAHABERSA, 2009

Thursday, March 17, 2011

Pengajaran Pensel Warna di zaman Tadika (Motivasi)

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT..
 


 Saya ingin berkongsi satu motivasi yang saya masih kenang sampai hari ini. Sewaktu kecil, saya tinggal dengan nenek di kampung. Saya masih ingat hari-hari nenek menghantar saya ke tadika. Masa tu agak susahlah zaman 80'an....yang tak boleh lupa pasal pensel warna...nenek cakap pakai pensel kene jimat-jimat. 

Nenek bagi satu pensel warna je, dia kata guna yang tu dulu....rupanya bila habis satu baru  dia bagi lagi satu warna lain....jadi, lukisan saya kalau warna hijau, semua dalam lukisan warna hijau...rumah, orang, pokok, matahari..semua hijau....kawan yang lain ramai yang ada banyak pensel warna...tapi masa tu sebab kecil kot budak-budak lain tak kisah sangat....begitulah kisahnya sehingga habis satu kotak pensel warna...

Sampai sekarang saya mensyukuri apa-apa rezeki yang ada, sikit cara sikit sebab dari kecil saya sudah diajar bersyukur. Semoga yang baik dikongsi bersama insyaAllah..

 

Pengajaran Dari Fenomena Kembar (Renungan)

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT..

Si Kembar :)


Jika kita melihat pasangan kembar kita pasti teruja melihat keunikan mereka, namun ia bukannya berakhir disitu sahaja. Fenomena kembar banyak kelebihan yang menunjukkan kemurahan Allah SWT, namun bagi bagi kita yang tidak kembar ini kita boleh mengambil satu pengajaran tentang kemurahan yang maha ESA.

Fenomena kembar menunjukkan Allah SWT berkuasa jika mahu melahirkan/mencipta manusia dalam pasangan yang telah ditetapkan, namun, Allah SWT telah memberi kita pilihan untuk memberi ruang kepada kita untuk memilih pasangan hidup kita sendiri. Ini menunjukkan Allah SWT tidak memaksa kita dalam sesuatu hal, sentiasa ada pilihan disebalik sesuatu pekara. Renungkanlah..

Tuesday, March 15, 2011

Payung-anda mahu berjaya? (Motivasi)

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT..


 "Sediakan payung sebelum hujan" itulah ungkapan yang sering kita dengar dari zaman sekolah hingga dewasa..namun sejauh mana kita fahami dan cuba ambil iktibar atau sekadar mendengar sahaja?

Payung adalah simbol bagi "perlindungan", jadi terdapat banyak pekara yang kita boleh kategori sebagai perlindungan contohnya ibu bapa adalah payung kepada anak-anak, abang kakak payung bagi adik, saudara dan sahabat juga boleh memayungi antara satu sama lain dan payung yang paling penting bagi manusia ialah kejayaan seimbang dunia akhirat.

Macam mana nak aplikasikan? Payung boleh diibaratkan usaha yang gigih dan langkah yang bijak kita ambil sebagai persediaan masa hadapan, sentiasa pandang ke hadapan, sebab itulah sediakan payung sebelum hujan....persediaan awal untuk masa depan sangat penting walau ramai yang suka ambil sikap 'last minute'.

Nak buat macam mana ni? Anda boleh berusaha memastikan pintu peluang peluang sentiasa TERBUKA untuk anda, jangan membuat tindakan yang menyebabkan pintu-pintu peluang TERTUTUP untuk anda di masa depan. Ini akan membantutkan kejayaaan di masa depan jika tidak bersedia.....

Jadi payungilah diri anda dengan USAHA yang berpanjangan dalam berjuang mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat yang seimbang.





Sunday, March 13, 2011

Renungilah kalimah di air ombak Tsunami Jepun March 11, 2011

Renungilah Kalimah yang berada di ombak tsunami tersebut....Allahuakbar....semoga menjadi teladan bagi orang-orang yang beriman..

Renungan Nasib Mangsa Gempa dan Tsunami Jepun


"Gambar-gambar ini menunjukkan betapa hibanya nasib mangsa mangsa bencana besar ini...." semoga kita rakyat Malaysia mensyukuri nikmat keselamatan dan kesejahteraan Allah SWT anugerahkan kepada kita.

Friday, March 11, 2011

SOS-ALERT!! JAPAN EARTHQUAKE MARCH 2011 (Current News)



SOS...Japan was hit by massive 8.9 Quake and 7 meters Tsunami now in aftermath stage, however still followed by post quake tremors...here are some pics of the destruction caused....

http://blogs.denverpost.com/captured/2011/03/11/captured-japan-earthquake-and-tsunami/2816/
http://www.boston.com/bigpicture/2011/03/massive_earthquake_hits_japan.html
http://totallycoolpix.com/2011/03/japan-hit-by-massive-earthquake-and-tsunami/
http://www.hapblog.com/2011/03/pictures-of-earthquake-and-tsunami-in.html

Antara kurma dan kata-kata yang baik.. (Tazkirah)



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Jagalah dirimu daripada api neraka walau HANYA dengan menyedekahkan setengah biji kurma" Sesiapa yang tidak memilikinya, maka ucapkanlah kata-kata yang baik."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Proses kejadian manusia bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT. (HD Video)




Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Saksikan bagaimana proses kejadian manusia dari awal, peringkat sel hingga berkembang lengkap menjadi bayi. Betapa tepatnya percaturan Allah SWT mencipta kita secara beperingkat sehingga hidup dan cukup sifat. Semoga kita bersyukur dan menginsafi diri. Jika kita pandai bersyukur dan menghargai kurniaaNYA, kita harus memelihara diri dan perbuatan kita kearah yang diredhai oleh Allah SWT. Ini kerana hidup kita adalah satu anugerah.

Mari kita berdoa semoga Allah SWT selamatkan dan pelihara kita semuanya dari detik itu hingga selamanya,InsyaAllah.Allahuakbar!.

Moral behind the story: Itu adalah anugerah fizikal yang kita dapat lihat, ada lagi seperti emosi dan perasaan yang kita tidak dapat lihat tapi dapat rasakan kehadirannya. Jadi seperti kejadian fizikal yang berperingkat, kita dididik oleh Allah SWT untuk mendidik keperibadian muslim berperingkat dan sentiasa mengampuni manusia yang memohon ampun diatas kesalahan mereka. Kita diberi akal untuk berfikir, jadi renungilah....

Video Link: http://www.youtube.com/watch?v=g-SfhqbFz6A
(L'Odyssée de la Vie/The Journey of life)

Thursday, March 10, 2011

Cita-cita ibarat Tangga (Motivasi)

 
"Cita-cita adalah ibarat tangga, dari sesuatu tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi, tak kiralah macam mana pun bentuk tangga itu, walau tinggi dan sukar sekalipun, kita pasti mendaki sampai ke puncak jika ingin berjaya" 
 
"Jika tiada cita-cita sudah tentu kita tidak berusaha dan hanya berjalan mendatar tanpa sebarang kejayaan".

Raja Mohamad Zatimi Raja Putera

11.03.11

Wednesday, March 9, 2011

"RODA" - (MOTIVASI)


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Hidup ini ibarat roda, sentiasa berputar, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.
Jika kita dibawah kita cuba untuk ke atas, dan apabila kita sudah sampai diatas jangan lupa orang di bawah atau buat-buat tak INGAT atau buat-buat tak NAMPAK.
Kadang-kadang kita mudah TERLUPA kerana kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa diasak dengan ujian kehidupan.
Kini saya sudah ada berada sedikit  di hadapan, ingin sekali berkongsi pengalaman dengan anak-anak didik yang sedang mengorak langkah ke hadapan. Sebagai peringatan diri sendiri, kena beringat-ingat selalu, jika tidak berhati-hati , yang berada di atas boleh jatuh ke bawah, dan yang tidak mahu berusaha akan sentiasa  berada di bawah.  
 Fikir-fikir dan renungkanlah bersama-sama, semoga kita beroleh kebaikan.

Raja Mohamad Zatimi Raja Putera, 10.03.11

Marilah pakat pakat Senyum (Motivasi)


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, hari ni saya ingin berkongsi kebaikan senyum, agar kita semua sentiasa mengukir senyuman yang akan membahagiakan diri kita dan orang orang di sekeliling kita.


1. Saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh serta memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

 
8.Sewaktu kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

9. Senyuman juga merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah serta merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

11. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

13. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

14. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Sumber-http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/30266-kelebihan-senyum.html

Sunday, March 6, 2011

"Like and Dislike" (Motivasi)




Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua mengenai apa yang kita suka dan tidak suka. Pada zaman facebook ni, setiap hari orang tekan butang "Like", nasib baik takde butang untuk "Dislike"...

Namun dalam kehidupan kita, dalam banyak situasi kita membuat keputusan apa yang kita suka dan tidak suka..."Like and Dislike". Namun apa yang ingin dinasihatkan disini supaya pembaca janganlah terlalu mengikut perasaan dalam menetapkan apa yang anda suka dan tak suka. Ini kerana mengikut pengalaman saya, apa yang kita "Like dan Dislike" akan berubah mengikut peredaran masa.....jadi jika kita keterlaluan mungkin akan timbul penyesalan  atau kerugian..... 


Jika kita suka sesuatu sekarang, ia TIDAK bermakna kita akan sukainya di masa depan, dan jika kita tak sukai sesuatu, TIDAK bermakna kita tidak akan suka selamanya, kerana kemungkinan besar kita akan suka suatu hari nanti.  Contohnya dalam berkawan, Jika kita hanya memandang kawan dari satu sudut sahaja mungkin kita "Dislike" kat orang tu, namun, jika kita mendidik diri untuk memberi peluang pada orang tersebut dan mengenali lebih dekat dengan orang tersebut, akhirnya kita 'kenal' orang tersebut dan 'Like' akhirnya.. Jadi sentiasalah berfikir dgn bijak sentiasa nak buat keputusan nak pilih
"Like atau Dislike".  

Kesimpulannya nak pesan pada diri sendiri dan kenalan, sentiasalah kita BERSANGKA BAIK dalam segala hal, supaya dalam hidup kita akan ada banyak "Like" drp "Dislike".  :)

Saturday, March 5, 2011

Punca Hidup Hati, Cerah Hati (Tazkirah)








Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Hati adalah salah satu anugerah yang tidak ternilai yang dianugerahkan kepada kita.
Dengan hati kita dapat berniat, melakukan sesuatu dan merasai pelbagai nikmat kehidupan.
Namun ada satu pekara yang harus diingat hati harus dijaga dengan selalu supaya ia tidak 'mati'.
Ketenangan dan kegembiraan hidup adalah datangnya dari hati yang hidup dan bercahaya.

TAHUKAH anda bahawa terdapat bahagian dalam hati kita yang hanya akan hidup apabila kita ingat pada Allah melalui cara zikir dan membaca ayat Al-Quran?.. Kita ada 'ASMA UL HUSNA'...satu amalan yang sangat baik dan banyak kebaikannya...Jadi jadilah orang bijak...ambillah beberapa ketika dalam kehidupan seharian mengingati Allah agar kita tergolong dalam golongan orang orang yang bertuah, iaitu orang yang hidup hatinya. InsyaAllah.

P/S: Akan menyusul artikel kebaikan zikir.

Thursday, March 3, 2011

Kelebihan Solat Jumaat buat kaum Adam.. (Tazkirah)

 
Kelebihan Solat Jumaat buat kaum Adam... 
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)