Saturday, April 30, 2011

Tanda Allah pada Alam Semesta, Bumi dan Badan Manusia.-Tazkirah





Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Sebagai pencipta yang Maha Agung, Allah SWT menunjukkan tanda-tandaNYA pada alam sekitar seperti tumbuhan, haiwan dan langit. Tetapi sebenarnya terdapat banyak tanda pada tubuh badan serta kejadian manusia sendiri tetapi perlu difikirkan dan diamati. 

Namun begitu ada juga ada tanda yang diperlihatkan dengan jelas dengan izinNYA, Alhamdulillah....lihatlah gambar-gambar di atas, di mana salur darah yang begitu halus membentuk kalimah Allah pada tangan manusia sendiri. Allahhuakbar.

Maka renungkanlah ayat ini: 


سَنُرِيهِمۡ ءَايَـٰتِنَا فِى ٱلۡأَفَاقِ وَفِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ أَوَلَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ ۥ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ شَہِي
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fushilat:53)

Wednesday, April 27, 2011

Jaga Tutur Kata-Renungan


 


 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT.
Sekarang ini selalu kedengaran anak-anak muda menggunakan kata-kata kesat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak patut. Ini mencerminkan sikap yang tidak kisah di kalangan kita. Ingatlah jagalah kata-kata anda kerana kita menggunakan mulut yang sama untuk BERDOA kepada Allah serta minta ampun, rezeki dan belas kasihanNYA. Semoga kita sedar dan mengurangkan/menahan diri dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik apatah lagi kesat. InsyaAllah.

Tuesday, April 26, 2011

Fenomena solat dan kejadian manusia-Tazkirah dan Renungan



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, sebagai muslim kita dimaklumkan dalam Al-Quran bahawa manusia adalah diantara makhluk Allah yang diciptakan untuk beribadat kepadanya. Allah juga mengajar kita kepentingan masa melalui surah Al-Asr. Oleh itu Allah SWT yang maha bijaksana membahagikan masa-masa bagi setiap negara dan pelusuk dunia dan menyarankan solat bagi umat islam pada masa yang ditetapkan. 

Jika direnungkan perbezaan masa dan solat 5 kali sehari ini bermaksud manusia di seluruh dunia setiap masa sedang tunduk beribadat kepada Allah  secara bergilir-gilir setiap hari. Ini jelas menunjukkan kebenaran, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT yang berjaya mengatur dan mendidik hambanya beribadat kepadanya secara menyeluruh lagi bersistematik. Kita boleh befikir sendiri tentang kebenaran ini kerana ia sememangnya berlaku di hadapan mata kita sendiri. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa beribadat kepadanya ini, InsyaAllah.

Alhamdulillah memang benar Allah mendidik kita secara berperingkat-peringkat sesuai dengan fitrah kejadian kita yang berperingkat-peringkat. Memang benarlah juga Allah menciptakan kita semua untuk beribadah kepadanya.

Saturday, April 23, 2011

Allah dekat dengan kita.-Tazkirah

 
Allah berfirman, "Dan bila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang diri-Ku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat, Aku menjawab harapan dan do'a bila ada hamba berharap dan berdo'a kepada-Ku, maka hendaklah mereka bersegera memenuhi panggilan-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka selalu mendapat bimbingan-Ku". (Al Baqarah, 186)

Thursday, April 21, 2011

Sifat Pemaaf:Contohi Rasullullah SAW-Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Nabi Muhammad SAW mempunyai banyak sifat yang terpuji dan salah satunya adalah sifat pemaaf. Baginda sentiasa memaafkan dan mengutamakan orang lain sehingga ke akhirnya. Inilah antara sikap yang terpuji
yang boleh dicontohi.

Sifat pemaaf dapat menyelesaikan pertelingkahan dengan cepat dan mengelakkan pekara yang tidak diingini dari berlaku atau berlarutan. Jika kita kita buat silap, cepat-cepat minta maaf, janganlah kita angkuh untuk minta maaf. Jika orang minta maaf kita belajarlah memaafkan mereka, kalau rasa susah sangat nak maafkan, bagitahu diri anda untuk maafkan orang itu kerana Allah SWT. Allah suka dan sayang pada insan yang pemaaf.


Penulisan: Raja Mohamad Zatimi Raja Putera
Sumber gambar: Iluvislam.com

Tuesday, April 19, 2011

Selangkah ke jalan Ilmu-Tazkirah.




Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Apabila seseorang muslim berjalan ke jalan ilmu (tempat belajar), bagi setiap langkah Allah SWT menuliskan pahala baginya:
1. Ibadat setahun
2. Satu Madinah di syurga

dan selama dia berjalan di bumi ini, bumi akan memohon ampun baginya pagi dan petang dan diampunkan dosanya bersaksikan oleh para malaikat bahawa mereka adalah pemerdekaan Allah daripada api neraka.

Sumber: Matla' Al Badrain Jilid 1-Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri)
             M/S 6:Fadilat Ilmu

Monday, April 18, 2011

Motivasi seorang pendidik adalah anak-anak didiknya-Motivasi




“Ilmu  dan pendidikan yang baik adalah rahmat dan rezeki kurniaan Allah yang amat bernilai dan wajib  disyukuri selalu, manakala anak-anak didikku adalah  harapanku, kegembiraanku, pewaris ilmuku dan kejayaanku”.  

Raja Mohamad Zatimi Bin Raja Putera

Rezeki kurniaan Allah SWT-Tazkirah


                   
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Sebagai  Manusia kadang-kadang kita terlalu risau fikirkan rezeki dan kewangan terutamanya. Kita sebenarnya perlu bermohon pada Allah dan berusaha, bukannya bermohon rezeki daripada orang lain.

Sebelum kita dilahirkan rezeki kita sudah ditetapkan oleh Allah SWT, Subhanallah, empat bulan di perut ibu sudah ditetapkan pembahagian rezeki buat  kita. "Kita tidak disuruh mencari wang semata-mata tapi rezeki yang barokah".

Rezeki bukan sahaja berbentuk wang atau kesenangan, rezeki  itu adalah bagaimana Allah membimbing kita supaya kita dekat denganNYA, walaupun ianya dalam bentuk dugaan.

Kalau kita yakin Allah akan mencukupkan, maka pasti cukup, kerana Allah sesuai dengan prasangka hamba-Nya, inilah sebenarnya yang berharga…

Rujukan:
http://www.waspada.co.id/index.php?option=com_content&view=article&id=1622%3Ahijab-antara-manusia-dengan-allah&catid=34%3Amanajemen-qolbu&Itemid=98

Sunday, April 17, 2011

Sekeping hati yang baik- Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Apabila kita melihat seseorang kita hanya dapat melihat rupa paras fizikal ,pemakaian dan personaliti, namun setiap insan mempunyai hati, itulah yang kita tidak dapat lihat, namun ianya akan tergambar dalam keperibadian seseorang. Hati inilah yang menentukan peribadi seseorang, baik hatinya baiklah orangnya atau sebaliknya. Marilah kita sama-sama DIDIK diri kita ke arah hati yang baik. Semua perkara kena usaha, ini pun salah satu darinya, kena ada niat yang baik dipermulaaan, InsyaAllah semoga dipermudahkan.

Hati yang baik adalah:
1. Hati yang mengingati Allah SWT, Iaitu hati yang tenang, redha dunia dan akhirat
2. Hati yang tidak tamak, sombong atau iri hati
3. Hati yang penuh merendah diri dan dalam kesederhanaan
4. Hati yang benar dan tidak dusta
5. Hati yang membenarkan bimbingan akal dan tidak mudah dipengaruhi emosi
6. Hati yang terpimpin dan ke arah ketaatan
7. Hati yang mengasihani yang lain
8. Hati yang bertolak ansur
9. Hati yang ikhlas dan tidak bakhil
10. Hati yang menjauhkan kemarahan apabila ia hadir

Penulis: Raja Mohamad Zatimi Bin Raja Putera

Saturday, April 16, 2011

Excellent Muslim Tazkirah Site- Links



Link: http://www.owhsomuslim.com/osm/
P/S: There are a lot of interesting articles here, go and visit people :)

Bukakan Pintu Rezekimu, Wahai Anak-Tazkirah









Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, berikut adalah pentingya berdoa untuk ibu-bapa.

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang , ilmu dsb nya..)

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.

InsyaAllah

Sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.0
Photo source:  owhsomuslim.com, via atinyflower)

Indahnya Sifat Muhammad SAW-Tazkirah



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Nabi Muhammad SAW adalah cahaya yang terang iaitu contoh teladan yang terbaik buat umat manusia yang dipilih oleh Allah SWT untuk memimpin dan mendidik sekalian manusia. Oleh itu marilah kita mencontohi dan menteladani sifat-sifat baginda, dengan harapan kita menjadi insan yang kamil dan mukmin yang soleh.
Berikut adalah di antara sifat-sifat terpuji baginda yang kita boleh contohi:
  1. Baik hati;
  2. Jujur;
  3. Pemalu;
  4. Lemah lembut;
  5. Rendah hati;
  6. Tidak pernah memberatkan orang lain;
  7. Sangat sederhana;
  8. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan;
  9. Suka memaafkan dan merelakan;
  10. Penuh Kasih Sayang
  11. Selalu memberi petunjuk
  12. Selalu tersenyum.

Renungkanlah dan fikirlah apa yang terbaik untuk diri anda. Semuanya boleh dipupuk dan dilatih cuma perlukan masa dan keikhlasan. Semoga kita bersama-sama ke arah yang diredhai Allah SWT.

Rujukan: http://cara-muhammad.com/karakter/sifat-rasulullah-saw/

Ujian-Tazkirah ringkas.

 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

"Ujian itu bukan untuk ditangisi dan dikesalkan tetapi untuk menguatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T., supaya kita tidak leka atau membelakangi Allah. Ujian itu tanda Allah sayang pada hamba-hambanya"

Firman Allah S.W.T :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2-3)



Wednesday, April 13, 2011

Ketajaman Doa-Tazkirah

 
 KETAJAMAN DOA : Kita berdoa kepada Allah SWT, Allah akan menggunakan seluruh makhlukNYA untuk memakbulkan doa kita itu. Sumber:(IKIM)
Terima Kasih kepada Ustazah Rusliza Mustapa

Syurga berdasarkan Al-Quran (Tazkirah)



Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT  :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

Sumber: Iluvislam.com Editor: Im Koyube

Tuesday, April 12, 2011

Words of Wisdom 6 / Mutiara Kata 6 (Motivasi / Motivation)



"When the world is pulling me from all angles,  I hold on to its core"
Raja Mohamad Zatimi Raja Putera

Monday, April 11, 2011

Berfikiran Positif (Motivasi)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, mulakan hari kita dengan berfikiran positif kerana   fikiran positif akan akan menjana perlakuan yang positif. Sikap yang positif amat penting dalam kehidupan seharian kerana menjadikan kita lebih proaktif dan produktif.

Kita juga perlu berfikiran positif kepada orang lain kerana sebenarnya tidak boleh ada anggapan negatif pada mereka. Kita tidak mengetahui kebenaran tentang orang mengapa kita suka membuat andaian? Andaian kebanyakkan adalah tidak tepat...semoga kita boleh menjadi individu yang lebih positif insyaAllah.
Tindakan positif yang boleh diambil adalah mengenal diri sendiri dan orang lain.

Friday, April 8, 2011

Daun-Renungan dan Tazkirah



   AL-AN' AM 6:59
"Tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan DIA MENGETAHUINYA"

100 Pesanan buat Diri Sendiri (Motivasi dan Tazkirah)


 Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, perkongsian ini berbentuk nasihat yang baik buat  mukmin  insyaAllah. Mari cuba amalkan apa yang kita rasakan terbaik buat diri sendiri.

 
1. Bersyukur apabila mendapat sebarang nikmat;
2. Sabar apabila mendapat sebarang kesulitan;
3. Tawakkal apabila mempunyai sebarang rancangan;
4. Ikhlaskan diri dalam segala amal perbuatan;
5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
8. Jangan hasad dengan kekayaan orang;
9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang lain;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu mengejar sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan rasa tergugat kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan menambahkan harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu’;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah secara berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah menumpukan fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Sentiasa perhatikan kebesaran Allah pada alam persekitaran;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Hubungkanlah silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Berbicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
52. Sediakan waktu untuk bersama keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bersalawat kepada Nabi SAW;
56. Cintai keluarga (Ahlul Bait) Nabi SAW;
57. Jangan terlalu banyak berhutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti kata-kata yang sia-sia;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah berkemampuan;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan;
66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang kesulitan;
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berdusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;
78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk menilai semula apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
82. Kenalpasti kekurangan diri dan kenalpasti pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun kadangkala tidak menyenangkan;
88. Sediakan waktu untuk riadah yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Lupakanlah kesalahan orang dan lupakanlah jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang menyebabkan orang lain merasa terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita tidak baik tentang sahabat kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dengan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang lain dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain.
100. Mati dalam keredhaan Allah, husnul khatimah, dapat mengucap dua kalimah syahadah, tiada hutang, dalam keimanan, membawa hati yang sejahtera dalam keadaan rindu kepada Allah swt dan Rasullullah, Muhammad Saw.



Sumber: Zulhafidz Yahaya, Facebook Mac 2011