Tuesday, March 29, 2011

Kelebihan / Fadilat Ilmu (Tazkirah)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, kali ini saya ingin berkongsi kelebihan dan kebaikan ilmu.

1. Sesiapa yang menolong orang yang menuntut ilmu, Allah SWT akan memberi surat amalannya dengan tangan kanannya.

2.Orang yang menuntut ilmu syafaat seumpama syafaat para nabi,ia akan diberi:
    a) Syurga Firdaus sepuluh ribu Mahligai
    b) Syurga Khuldi seratus ribu Madinah daripada cahaya
    c) Syurga Ma'wa tiga puluh ribu darjat permata merah
    d) Setiap dirham yang dinafkahkan ketika menuntut ilmu diberi bidadari sebanyak bilangan bintang-bintang di langit dunia.
    e) Orang yang bersalam (berjabat tangan) dengan orang yang menuntut ilmu, Allah haramkan jasadnya daripada api neraka.
    f)  Orang yang menolong orang yang menuntut ilmu, Allah suratkannya terlepas daripada api neraka
   g)  Apabila orang yang menuntut ilmu meninggal, Allah mengampunkan dosa orang yang hadir pada jenazahnya.

3. Sesiapa yang mengasihani 'ulama' tidaklah ditulis kesalahan (sepanjang) kehidupannya.

4. Sesiapa yang menolong orang alim atau orang yang menuntut ilmu walau hanya dengan hanya memberi minum sekali, pahalanya seolah-olah dia membina  Ka'abah sebanyak 70 kali.

5. Apabila orang belajar ilmu lalu di sesuatu kampung, Allah mengangkat azab ahli kubur di kampung itu selama 40 hari.

Sumber: MATLA' AL-BADRAIN Jilid 1 (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JPM) MS 5-7 (Fadilat Ilmu)

3 comments:

  1. Khas untuk warga pendidik, anak didik dan orang yang menghargai ilmu, Allah SWT menjanjikan limpahan kebaikan pada semua, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. salam,

    terima kasih utk entry ni.

    ReplyDelete
  3. Salam, Le Chevalier : Sama-sama, semoga kita semua tergolong dalam golongan yang Allah SWT pelihara kerana menghargai ilmu yang dikurniakanNYA.InsyaAllah.

    ReplyDelete