Thursday, January 27, 2011

Pesanan buat anak cucu Adam (Tazkirah)


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Hari ini terbaca satu artikel yang menarik dan ingin berkongsi dengan anda semua, semoga dapat dijadikan peringatan untuk kita semua. Artikel tersebut menceritakan kisah diawal penciptaan Nabi Adam.

Ini Kisahnya:

"Apabila Allah SWT mengizinkan roh masuk ke dalam tubuh Nabi Adam, baru sahaja roh tersebut sampai ke paras lulut, Adam cuba bangun untuk berdiri, tetapi tersungkur kerana roh belum sampai ke hujung kaki. Lalu Allah SWT memberitahukan kepada para Malaikat dengan firman-nya, "Seperti itulah tabiat anak cucu keturunannya sampai ke akhir zaman, yakni manusia bersifat tergesa-gesa ('ajuula) melainkan ajal."  "

Pengajarannya: Semoga kita sentiasa beringat supaya kita tidak terlalu tergesa-gesa dalam segala tindak tanduk kita. Biarlah kita bersabar dan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu, insyaAllah.

Sumber: Millenia Muslim, Jan 2011 susunan Raflis Sabirin

2 comments:

  1. nice info....jadilah seperti Rsulullah yg dikatakan oleh Saidatina Aisyah akhlak Rsulullah seperti Al-Quran

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..terima kasih di atas komen konstruktif anda..:)

    ReplyDelete