1. Barangsiapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2.Sesiapa yang sentiasa membaca Ayat Kursi selepas solat pahalanya seumpama pahala orang yang mustakim dan balasan amal orang Siddiq iaitu syurga.
3.Siapa yang membaca Ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah SWT mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
4.Sesiapa yang menemui halangan serta kesusahan dalam mencari rezeki, bacalah ayat kursi sebanyak 170 kali, insyaAllah murah rezeki dan terlepas dari kesusahan.
5.Sesiapa yang membaca Ayat kursi dengan istiqamah setiap masa akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan pemerintah dan manusia yang kejam serta kejahatan binatang yang memudaratkan.Terpelihara harta, keluarga dan dirinya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
6.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), ditiupkan pada air dan diminumnya , maka insyaAllah akan mencerdaskan akal dan mudah faham apa yang dipelajari.
7. Jika dibaca Ayat Kursi kepada empat penjuru rumah menjadi pelindung dari syaitan.
8.Jika dibaca Ayat Kursi sewaktu perjalanan akan diberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
9.Jika dibaca Ayat Kursi dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
10.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur, Allah SWT mewakilkan 2 malaikat memeliharanya sehingga subuh.
11. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah SWT sehingga mati syahid.
12. Bacaan 7 kali Ayat Kursi sebelum keluar rumah atau kerja akan dikurniakan keselamatan daripada segala kejahatan dari syaitan, jin dan manusia seperti sihir, fitnah jalanan dan bahaya-bahaya.
Semoga kita dapat amalkan semampu dan daya kita, InsyaAllah Allah SWT akan menolong dan ada bersama dengan kita selalu, asalkan niat kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta perlindunganNYA.
(Sumber: Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi, Kharul Ghazali dan Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) 2010.
kena rajin baca....ayat qursi ni
ReplyDeletemari amal baca lepas solat insyaAllah..
ReplyDeleteinfo yg penuh bermakna...
ReplyDelete