Thursday, January 13, 2011

Perkongsian Ilmu dan kepentingannya

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah S.W.T, ini adalah coretan pertama dari saya sebagai pembuka kata bagi blog ini. Ilmu adalah satu-satunya hak kita yang tidak sesiapapun yang boleh merampasnya dari kita, dan ia juga yang meninggikan darjat seseorang manusia serta salah satu sebab yang membolehkan manusia beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai seorang pendidik dan muslim, saya menghargai ilmu pengetahuan dan ingin berkongsi dengan semua pembaca dengan harapan kita semua dapat menambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuan, dan yang paling penting kita harapkan semoga kita dapat meraih keredhaan yang Maha Esa dunia dan akhirat melalui perkongsian ilmu. InsyaAllah.

Saya tidaklah petah berkata-kata, namun saya suka menulis, berfikir, berkongsi pendapat, nasihat menasihat dan mempelajari ilmu-ilmu yang baru serta "up to date" mengenai  isu semasa. Oleh itu saya akan berkongsi tips, artikel-artikel, coretan-coretan, motivasi, berita-berita, laman web dan bahan-bahan yang berkaitan yang dapat membantu kita mendalami ilmu pengetahuan berkaitan Islam dan kehidupan. Semoga dengan perkongsian kita dapat memperbaiki diri masing-masing kearah kebaikan dan kemajuan.

Saya mengalu-alukan komen, pendapat, nasihat dan cadangan dari pembaca, kritikan membina dan bukannya negatif agar kita boleh memanfaatkan ilmu-ilmu yang berguna untuk kebaikan dan kejayaan bersama.

1 comment:

  1. InsyaAllah hanya yang terbaik akan dikongsi dengan teman-teman.

    ReplyDelete