Thursday, January 13, 2011

Kasih Sayang Allah SWT

"Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Bila Dia lambat makbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu
Bila Dia tidak makbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun
kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya"

Ingatlah wahai teman bahawa Allah SWT sentiasa mengampuni kita selagi kita meminta keampunannya, dan Kasih Sayangnya mendahului kemurkaannya. Kita mestilah sentiasa bersangka baik padaNya dalam apa jua situasi kerana kepadaNya jualah tempat kita mengadu dan bergantung harap.

Hadis Kudsi
'' Daripada Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Iblis berkata pada Tuhannya: 'Demi Keperkasaan-Mu dan Keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama mana roh masih berada di dalam jasad mereka.' Allah menjawab: 'Demi Keperkasaan-ku dan Keagungan-ku Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mereka meminta ampun kepada-ku.' " "

No comments:

Post a Comment