Monday, January 17, 2011

Tanda-tanda Kebesaran Ilahi (Refleksi)

Salam buat pembaca sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang saya lalui. Sebagai seorang yang menghargai alam sekitar saya gemar melihat permandangan/kecantikan alam sekitar dan saya sangat suka mendongak dan melihat apa yang ada di langit dan kebanyakan masanya saya rasa amat gembira.  Ada beberapa kali saya mendongak di langit saya ada melihat awan yang membentuk kalimah "Allah" saya mengucapkan syukur melihat Allah SWT memperlihatkan tanda- tandanya.

Di dalam Al-Quran Allah SWT telah befirman bahawa tanda-tandanya ada di langit dan bumi serta pada tubuh badan manusia. Dialah yang mentadbir apa yang ada di langit dan di bumi, yang nyata dan yang ghaib, jadi apabila pekara  begini berlaku saya berasa syukur dapat melihatnya sendiri, tapi tidak sempat nak ambil gambar kerana awan yang berarak menyebabkan kalimah tersebut tidak kekal lama.  Oleh itu saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit kajian jika pekara yang sama berlaku di tempat lain. Alhamdulillah saya menemui beberapa gambar yang sempat dirakam oleh orang lain, di mana kalimah yang tertulis namaNYA di awan. Sekadar ingatan buat kita kepadaNYA insyaAllah.












Kita di berikan Akal fikiran, mata, mata hati maka gunakanlah sebaik-baiknya. Wallahualam.

Refleksi oleh Raja Zatimi, 17.01.2011

No comments:

Post a Comment