Tuesday, January 18, 2011

Jangan Bersedih. (Tazkirah)




Salam buat semua pengunjung yang budiman dan dirahmati Allah SWT. Hari ni terasa teringin menulis tentang emosi manusia yang kerap kali menyebabkan ramai antara kita yang tidak gembira...iaitu kesedihan. Setiap insan yang bernama manusia tidak dapat mengelak daripada mengalami perasaan ini....kerana ia adalah sebahagian dari asam garam kehidupan.

Syaitan sentiasa mencari kelemahan kita dan sentiasa menggunakan kelemahan kita supaya kita mudah putus asa dan terlalu mengikut perasaan,  maka janganlah lupa mengadu pada Allah SWT sewaktu kita bersedih dan berdoa supaya kita dapat menghilangkan kesedihan yang ada pada diri kita dengan bantuannya. Saya juga teringat pesanan rakan tadi yang menasihat anak-anak didik yang lain, elakkan berfikiran singkat sewaktu kita dilanda masalah kerana ia akang mengundang kesan yang memudaratkan pada kita.

Saya ingin menasihatkan para pembaca supaya mencari jalan mengatasi kesedihan dan elakkan kesedihan yang berpanjangan kerana ia boleh menjadikan seseorang pasif, putus asa, kera sumbang, tidak produktif dan mendapat masalah pergaulan. Dari bacaan saya juga mendapati kajian menunjukkan kesedihan berpanjangan ada kesan pada kesihatan fizikal iaitu mudah diserang penyakit PARU-PARU. Oleh itu ceria-ceriakan hari anda selalu, jangan sedih-sedih, ada orang yang sangat menghargai anda, menunggu senyuman anda, cuma kadang-kadang tidak dilafazkan secara ucapan. Sentiasa berdoa,redha dan berserah pada Allah SWT, insyaAllah kita akan mudah keluar dari masalah kesedihan. Jangan lupa senyum itu satu sedekah, dari senyuman akan membuahkan kegembiraan pada sesiapa jua :)


Raja Zatimi Raja Putera  18.01.2011

2 comments:

  1. seimura nanti raja nak baca buku ni...thanks for sharing :) satu pengetahuan baru.

    ReplyDelete