Monday, January 31, 2011
Photo of the Day- Nature (Photography)
Marilah hayati keindahan alam, sumber ketenangan melihat ciptaan dan kebesaran Ilahi.
Let's appreciate the amazing display of nature by our Mighty creator, as a source of peace and relaxation.
Photo taken near Gerik,Baling highway 30 Jan 2011, by Raja Zatimi
Kelebihan-Kelebihan dan Fadilat Ayat Kursi (Tazkirah)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Bagi coretan tazkirah kali ini, saya ingin berkongsi kelebihan-kelebihan Ayat Kursi agar kita dapat memanfaatkannya bersama dan memperoleh keredhaan dan keselamatan Allah SWT dunia dan akhirat. InsyaAllah.
1. Barangsiapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2.Sesiapa yang sentiasa membaca Ayat Kursi selepas solat pahalanya seumpama pahala orang yang mustakim dan balasan amal orang Siddiq iaitu syurga.
3.Siapa yang membaca Ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah SWT mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
4.Sesiapa yang menemui halangan serta kesusahan dalam mencari rezeki, bacalah ayat kursi sebanyak 170 kali, insyaAllah murah rezeki dan terlepas dari kesusahan.
5.Sesiapa yang membaca Ayat kursi dengan istiqamah setiap masa akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan pemerintah dan manusia yang kejam serta kejahatan binatang yang memudaratkan.Terpelihara harta, keluarga dan dirinya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
6.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), ditiupkan pada air dan diminumnya , maka insyaAllah akan mencerdaskan akal dan mudah faham apa yang dipelajari.
7. Jika dibaca Ayat Kursi kepada empat penjuru rumah menjadi pelindung dari syaitan.
8.Jika dibaca Ayat Kursi sewaktu perjalanan akan diberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
9.Jika dibaca Ayat Kursi dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
10.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur, Allah SWT mewakilkan 2 malaikat memeliharanya sehingga subuh.
11. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah SWT sehingga mati syahid.
Semoga kita dapat amalkan semampu dan daya kita, InsyaAllah Allah SWT akan menolong dan ada bersama dengan kita selalu, asalkan niat kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta perlindunganNYA.
(Sumber: Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi, Kharul Ghazali dan Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) 2010.

12. Bacaan 7 kali Ayat Kursi sebelum keluar rumah atau kerja akan dikurniakan keselamatan daripada segala kejahatan dari syaitan, jin dan manusia seperti sihir, fitnah jalanan dan bahaya-bahaya.
Semoga kita dapat amalkan semampu dan daya kita, InsyaAllah Allah SWT akan menolong dan ada bersama dengan kita selalu, asalkan niat kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta perlindunganNYA.
(Sumber: Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi, Kharul Ghazali dan Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) 2010.
Saturday, January 29, 2011
Keajaiban Susu (Renungan)
Susu adalah makanan pertama di dunia. :) Sangat ajaib sebenarnya kalau kita renungkan proses kejadian susu. Di dunia ini tidak ada teknologi atau kilang-kilang yang boleh menukarkan dan memproses zat zat makanan dan darah merah mejadi susu putih. Ini adalah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang maha pencipta. Allahuakbar!
Thursday, January 27, 2011
Let us be Thankful to Allah.
"Allah Might Not Be Giving You Everything You Want Yet,
But Do Remember That He's given ALL that you Need........
Subahanallah.....Alhamdulillah.....Allahhuakhbar..
Think about it, InsyaAllah you'll see it "
Pesanan buat anak cucu Adam (Tazkirah)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Hari ini terbaca satu artikel yang menarik dan ingin berkongsi dengan anda semua, semoga dapat dijadikan peringatan untuk kita semua. Artikel tersebut menceritakan kisah diawal penciptaan Nabi Adam.
Ini Kisahnya:
"Apabila Allah SWT mengizinkan roh masuk ke dalam tubuh Nabi Adam, baru sahaja roh tersebut sampai ke paras lulut, Adam cuba bangun untuk berdiri, tetapi tersungkur kerana roh belum sampai ke hujung kaki. Lalu Allah SWT memberitahukan kepada para Malaikat dengan firman-nya, "Seperti itulah tabiat anak cucu keturunannya sampai ke akhir zaman, yakni manusia bersifat tergesa-gesa ('ajuula) melainkan ajal." "
Pengajarannya: Semoga kita sentiasa beringat supaya kita tidak terlalu tergesa-gesa dalam segala tindak tanduk kita. Biarlah kita bersabar dan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu, insyaAllah.
Sumber: Millenia Muslim, Jan 2011 susunan Raflis Sabirin
Monday, January 24, 2011
Janji manis (Pesanan)
"Dunia ini penuh dengan janji-janji manis, janganlah mudah kau terpedaya wahai insan yang bernama manusia".
Ingatkanlah diri kita dan orang yang tersayang supaya kita tidak lupa dan leka.
Raja Zatimi Raja Putera
Sunday, January 23, 2011
Mutiara Kata 1 (Motivasi)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Semua orang suka pada keindahan, maka dalam percakapan kita seharusnya pandai berbahasa dan ungkapkan yang indah-indah dan elok-elok serta berisi. Elakkan menyakiti hati dan perasaan orang lain serta cakap cakap kosong. Mari kita lihat beberapa mutiara kata untuk coretan kali ini...
"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"
"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia"
"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"
"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"
"Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur"
Sumber: http://www.scribd.com/doc/2825016/KATAKATA-MUTIARA-HATI?ga_from_send_to_friend=1
Saturday, January 22, 2011
Tahukah Anda? Khasiat Strawberi (Tips kesihatan)
Salam,
Tahukah anda bahawa dengan memakan lima biji strawberi berdiameter tiga hingga empat cm ini dapat membantu tubuh melawan radikal bebas dalam badan yang boleh mendatangkan penyakit.
Ini kerana Strawberi mengandungi antioksida yang sangat tinggi melebihi daripada limau dan anggur. :) Jadi sekarang anda tahu.
Strawberi adalah antara buah buahan kegemaran saya, selain itu saya juga meminati buah buah beri yang lain. Cuma di Malaysia payah sedikit nak dapat yang fresh.

Thursday, January 20, 2011
'Autumn' in Gerik- 'Musim Luruh' di Gerik (Photography)
Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT, hari ni nak kongsi gambar awal 'musim luruh' di Gerik 2011. Bulan depan iaitu bulan Feb barulah dedaun bertukar warna sepenuhnya...ini adalah bulan yang saya paling suka di Gerik, cantik permandangannya mcm kat luar negara..Jadi mari kita nikmati bersama gambar permandangan yang indah ni :) Alhamdulillah fenomena ini juga menunjukkan betapa tepatnya percaturan yang Maha Esa. Cukup masa maka terjadilah musim ini.
Greetings, today I want to share some photos of early 'autumn' in Gerik, 2011. Next month is Feb, where the leaves change color completely then ... this is the month that I like most in Gerik, pretty views of nature .. So let us enjoy the beautiful scenery :)
Wednesday, January 19, 2011
Merentas Lautan Hindi ke Benua Australia - Crossing the Indian Ocean to Australia Images (Travel Photography)
Salam buat semua pengunjung yang budiman dan dirahmati Allah SWT. Saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa gambar yang saya ambil dari atas kapal terbang sewaktu merentasi " Indian Ocean" dari Kuala Lumpur ke Victoria, Australia tempohari. Penerbangan memakan masa 8 jam dan saya langsung tidak tidur menikmati keindahan alam yang Allah SWT ciptakan ini. Sungguh indah permandangan dari atas ini, ketinggian pada waktu ini adalah 40,000 hingga 45000 kaki dari paras laut. Suatu pengalaman indah melihat matahari terbenam di atas langit dan melihat sebelah hemisfera cerah dan sebelahnya menjadi gelap dan dapat melihat horizon. Allahuakbar, Allahuakbar itulah rintih hatiku sewaktu itu.Terigin mengembara lagi selepas ini dengan harapan diizinkan Allah SWT untuk mendidik diri yang dahagakan ilmu pengetahuan serta seterusnya menginsafi diri melihat kekuasaaNYA bertaburan di setiap penjuru alam. Amin.
Greetings for all visitors blessed by Allah SWT. I would like to share with you all some pictures that I took from the plane while crossing the "Indian Ocean" from Kuala Lumpur to Victoria, Australia few months ago. Flight took 8 hours and I could not sleep enjoying the natural beauty along the way to the land of OZ. Beautiful view from the top, the altitude was around 40,000 to 45,000 feet above the sea level. It was a clear day no storms or whatever. A wonderful experience to see the sunset in the sky and see the bright hemisphere and the dark side (nightfall) through the horizon.. Can’t wait to travel again in order to educate myself and then realize that his wonderful creations are seen scattered in every corner of the earth. Amin.
Raja Zatimi, 20 Jan 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)