Wednesday, July 20, 2011

Intisari Khutbah Nabi Muhammad SAW- Bahagian 2 dan 3

Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Saya ingin berkongsi intisari khutbah Nabi Muhammad SAW agar pesanan yang disampaikan tetap dekat di hati umat-umat yang baginda kasihi, insyaAllah. Berikut adalah rumusan dan intisari khutbah kedua dan ketiga baginda.


1.Dakwah dimulakan dengan keluarga terdekat sebelum disebarkan kepada masyarakat.
2.Sokongan keluarga memberikan kekuatan bagi pendakwah untuk bergerak dengan lebih berani dan selesa,
   tentangan keluarga tidak sepatutnya melemahkan semangat pendakwah menjalankan kewajipan mereka.
3.Antara tugas rasul adalah menyampaikan berita tentang azab dan seksaan Allah pada yang ingkar
4.Allah memberikan kelebihan mukjizat pada para rasul bagi membuktikan kerasulan di hadapan manusia
5.Kasih sayang Rasullullah terhadap umatnya dapat dilihat melalui tindakan beliau yang memilih untuk tidak menunjukkan mukjizatnya semata-mata kerana bimbang Allah akan mengazab mereka jika mereka enggan beriman selepas itu.

Sumber: Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung buat umat tercinta, Rohidzir Rais, PTS, 2011 pp 7-10.

No comments:

Post a Comment