Tuesday, July 19, 2011

Intisari Khutbah Nabi Muhammad SAW- Bahagian 1

Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Saya ingin berkongsi intisari khutbah Nabi Muhammad SAW agar pesanan yang disampaikan tetap dekat dengan umat-umat yang baginda kasihi, insyaAllah. Berikut adalah rumusan dan intisari khutbah pertama baginda di Makkah.


1. Sifat utama seorang rasul adalah bercakap benar dan tidak akan menipu.
2. Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang diutus oleh Allah SWT bagi menyampaikan Agama Islam, iaitu agama yang diredhaiNYA.
3.Setiap manusia akan merasai mati sebagai mana mereka tidur dan akan dibangkitkan semula sebagaimana mereka bangun dari tidur.
4.Segala perbuatan di dunia akan dihitung, perbuatan baik akan diberi ganjaran pahala, sementara setiap kejahatan akan dibalas dengan dosa.
4.Syurga dan Neraka adalah tempat kembali manusia berdasarkan amalan masing masing ketika di dunia. Syurga dan neraka ini kekal abadi.

Sumber: Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung buat umat tercinta, Rohidzir Rais, PTS, 2011 pp 4-5.

No comments:

Post a Comment