Monday, January 31, 2011
Photo of the Day- Nature (Photography)
Marilah hayati keindahan alam, sumber ketenangan melihat ciptaan dan kebesaran Ilahi.
Let's appreciate the amazing display of nature by our Mighty creator, as a source of peace and relaxation.
Photo taken near Gerik,Baling highway 30 Jan 2011, by Raja Zatimi
Kelebihan-Kelebihan dan Fadilat Ayat Kursi (Tazkirah)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Bagi coretan tazkirah kali ini, saya ingin berkongsi kelebihan-kelebihan Ayat Kursi agar kita dapat memanfaatkannya bersama dan memperoleh keredhaan dan keselamatan Allah SWT dunia dan akhirat. InsyaAllah.
1. Barangsiapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2.Sesiapa yang sentiasa membaca Ayat Kursi selepas solat pahalanya seumpama pahala orang yang mustakim dan balasan amal orang Siddiq iaitu syurga.
3.Siapa yang membaca Ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah SWT mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
4.Sesiapa yang menemui halangan serta kesusahan dalam mencari rezeki, bacalah ayat kursi sebanyak 170 kali, insyaAllah murah rezeki dan terlepas dari kesusahan.
5.Sesiapa yang membaca Ayat kursi dengan istiqamah setiap masa akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan pemerintah dan manusia yang kejam serta kejahatan binatang yang memudaratkan.Terpelihara harta, keluarga dan dirinya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
6.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), ditiupkan pada air dan diminumnya , maka insyaAllah akan mencerdaskan akal dan mudah faham apa yang dipelajari.
7. Jika dibaca Ayat Kursi kepada empat penjuru rumah menjadi pelindung dari syaitan.
8.Jika dibaca Ayat Kursi sewaktu perjalanan akan diberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
9.Jika dibaca Ayat Kursi dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
10.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur, Allah SWT mewakilkan 2 malaikat memeliharanya sehingga subuh.
11. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah SWT sehingga mati syahid.
Semoga kita dapat amalkan semampu dan daya kita, InsyaAllah Allah SWT akan menolong dan ada bersama dengan kita selalu, asalkan niat kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta perlindunganNYA.
(Sumber: Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi, Kharul Ghazali dan Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) 2010.

12. Bacaan 7 kali Ayat Kursi sebelum keluar rumah atau kerja akan dikurniakan keselamatan daripada segala kejahatan dari syaitan, jin dan manusia seperti sihir, fitnah jalanan dan bahaya-bahaya.
Semoga kita dapat amalkan semampu dan daya kita, InsyaAllah Allah SWT akan menolong dan ada bersama dengan kita selalu, asalkan niat kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta perlindunganNYA.
(Sumber: Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi, Kharul Ghazali dan Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) 2010.
Saturday, January 29, 2011
Keajaiban Susu (Renungan)
Susu adalah makanan pertama di dunia. :) Sangat ajaib sebenarnya kalau kita renungkan proses kejadian susu. Di dunia ini tidak ada teknologi atau kilang-kilang yang boleh menukarkan dan memproses zat zat makanan dan darah merah mejadi susu putih. Ini adalah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang maha pencipta. Allahuakbar!
Thursday, January 27, 2011
Let us be Thankful to Allah.
"Allah Might Not Be Giving You Everything You Want Yet,
But Do Remember That He's given ALL that you Need........
Subahanallah.....Alhamdulillah.....Allahhuakhbar..
Think about it, InsyaAllah you'll see it "
Pesanan buat anak cucu Adam (Tazkirah)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Hari ini terbaca satu artikel yang menarik dan ingin berkongsi dengan anda semua, semoga dapat dijadikan peringatan untuk kita semua. Artikel tersebut menceritakan kisah diawal penciptaan Nabi Adam.
Ini Kisahnya:
"Apabila Allah SWT mengizinkan roh masuk ke dalam tubuh Nabi Adam, baru sahaja roh tersebut sampai ke paras lulut, Adam cuba bangun untuk berdiri, tetapi tersungkur kerana roh belum sampai ke hujung kaki. Lalu Allah SWT memberitahukan kepada para Malaikat dengan firman-nya, "Seperti itulah tabiat anak cucu keturunannya sampai ke akhir zaman, yakni manusia bersifat tergesa-gesa ('ajuula) melainkan ajal." "
Pengajarannya: Semoga kita sentiasa beringat supaya kita tidak terlalu tergesa-gesa dalam segala tindak tanduk kita. Biarlah kita bersabar dan berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu, insyaAllah.
Sumber: Millenia Muslim, Jan 2011 susunan Raflis Sabirin
Monday, January 24, 2011
Janji manis (Pesanan)

"Dunia ini penuh dengan janji-janji manis, janganlah mudah kau terpedaya wahai insan yang bernama manusia".
Ingatkanlah diri kita dan orang yang tersayang supaya kita tidak lupa dan leka.
Raja Zatimi Raja Putera
Sunday, January 23, 2011
Mutiara Kata 1 (Motivasi)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Semua orang suka pada keindahan, maka dalam percakapan kita seharusnya pandai berbahasa dan ungkapkan yang indah-indah dan elok-elok serta berisi. Elakkan menyakiti hati dan perasaan orang lain serta cakap cakap kosong. Mari kita lihat beberapa mutiara kata untuk coretan kali ini...
"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"
"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia"
"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"
"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"
"Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur"
Sumber: http://www.scribd.com/doc/2825016/KATAKATA-MUTIARA-HATI?ga_from_send_to_friend=1
Subscribe to:
Posts (Atom)