Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Saya ingin berkongsi intisari khutbah Nabi Muhammad SAW agar pesanan yang disampaikan tetap dekat di hati umat-umat yang baginda kasihi, insyaAllah. Berikut adalah rumusan dan intisari khutbah kelima baginda.
(Ramadan)
1. Bulan Ramadan adalah bulan terbaik seluruh bulan. Pada bulan ini setiap perbuatan diberikan ganjaran, doa dimakbulkan dan amalan diterima.
2. Berpuasa mengingatkan kelaparan dan kehausan di akhirat nanti.
3. Siapa melakukan solat sunat pada bulan ini Allah akan menuliskan padanya bebas dari api neraka.
4. Solat fardhu digandakan 70 kali ganjarannya.
5. Sesiapa menahan sikap buruknya di bulan ini Allah SWT akan menahan kemurkaanNYA pada hari dia berjumpa denganNYA.
6. Siapa membantu orang lain di bulan ini Allah SWT meringankan pemeriksaanNYA di hari kiamat.
7. Berdoa kepada Allah SWT pada bulan ini kerana DIA memandang hamba-hambanNYA dengan penuh kasih sayang.
8. Berdoa ketika solat kerana ia adalah masa yang paling mudah diterima doa di sisi Allah SWT.
9. Perbuatan salah yang menyebabkan diri tergadai, BEBASKAN ia dengan istigfar.
10.Pintu-pintu syurga dibuka seluasnya, berdoalah agar tidak akan ditutup bagimu, Pintu neraka ditutup rapat,mohon ia tidak akan dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan dibelenggu, mohon agar ia tidak lagi dapat
menguasaimu.
11.Siapa membaca satu ayat Al-Quran di bulan Ramadan, pahalanya sama seperti mengkhatamkan Al-Quran di bulan lain.
12.Siapa memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan ini Allah SWT akan memberatkan timbangannya ketika saat timbangannya ringan.
13.Amalan yang paling utama di bulan Ramadan adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah SWT.
Sumber: Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung buat umat tercinta, Rohidzir Rais, PTS, 2011 pp 19.
No comments:
Post a Comment