Wednesday, August 10, 2011
Intisari Khutbah Nabi Muhammad SAW- Bahagian 4
Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Saya ingin berkongsi intisari khutbah Nabi Muhammad SAW agar pesanan yang disampaikan tetap dekat di hati umat-umat yang baginda kasihi, insyaAllah. Berikut adalah rumusan dan intisari khutbah keempat baginda.
(Khutbah Jumaat Rasulullah pertama)
1. Allah mengutus nabi ketika kejahilan dan kesesatan berleluasa
2. Asas iman adalah mentaati Allah dan Rasul-Nya
3. Orang Islam disarankan selalu ingat hari Akhirat dan bertakwa kepada Allah SWT
4. Allah akan memberi pertolongan pada orang yang bertakwa di Akhirat
5. Orang yang memelihara hubungannya dengan Allah SWT (terang/sembunyi) akan mendapat kejayaan di
dunia dan ganjaran pahala selepas mati.
6. Ketakwaan kepada Allah SWT menghapuskan dosa-dosa dan melipatgandakan pahala.
7. Orang yang eratkan hubungannya dengan Allah SWT, dengan izinNYA manusia lain akan erat dengannya.
8. Berbaik dengan Allah SWT sebagaimana DIA berbaik dengan kamu.
9. Ketakwaan kepada Allah SWT akan menjadikan wajah bersinar dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Sumber: Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung buat umat tercinta, Rohidzir Rais, PTS, 2011 pp 15.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment