Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Selesainya penciptaan Adam oleh Allah SWT, bermulalah episod Iblis melanggar perintah Allah SWT dan nekad mahu merosakkan semua anak-anak cucu Adam dengan angkuhnya walaupun Allah SWT telah memberi tangguh hukuman atas kesalahannya menderhaka… Maka Allah SWT berfirman:
“ Pergilah engkau bersama pengikut pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-KU yang telah beriman kepadaku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang benar yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah.”
Pengajaran yang kita boleh pelajari:
1. -Allah SWT telah berfirman dengan tegas manusia yang beriman sepenuh hati dan sebenarnya tidak akan boleh disesatkan oleh iblis.
2. - Iblis memilih untuk terus menderhaka walau telah diberi peluang untuk bertaubat oleh Allah SWT. Sifat angkuh dan dengkinya menyebabkan dia tidak menghargai kemurahan Allah SWT dan sebaliknya hanya mahu merosakkan dan mencampuri urusan Allah SWT.
3. - Setiap orang adalah urusan Allah SWT dan ada perancangan untuk mereka, maka kita tidak sepatutnya menyusahkan orang lain kerana seolah-olah kita juga mencampuri urusan Allah yang telah tetap ketetapannya.
4. - Kita masih diberi peluang untuk mencari limpahan Rahmat dan RedhaNYA yang luas maka kita harus menyahut seruan ini .
5. - Iman yang sebenar mampu menepis segala kebolehan Iblis yang menyesatkan manusia.
6. - Janganlah kita tertipu dengan helah-helah yang sama oleh syaitan dan iblis kerana kita telah dikurniakan akal fikiran yang baik. Allah SWT telah memberi banyak teladan dalam kisah-kisah umat terdahulu dalam Al-Quran jika kita mahu ambil pelajaran.
Artikel ini saya kongsi sebagai motivasi bagi kita memperbaiki diri masing-masing yang serba kekurangan ini, InsyaAllah..semoga kita sama-sama beroleh kebaikan dan dikasihi Allah SWT, Amin.
Sumber: Malam Pertama di Syurga, Adil Akhyar, SH, LL.M, Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment