Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi, kemudian, mereka ditugaskan menjaga setiap satu pintu langit. Di setiap pintu ini malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan bagi memastikan amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya atau sebaliknya.
1.Malaikat Pintu langit pertama-Tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat naik ke langit seterusnya
2.Malaikat Pintu langit kedua-Tidak membenarkan amalan orang yang harap amalan membawa keuntungan dunia naik ke langit seterusnya.
3.Malaikat Pintu langit ketiga-Tidak membenarkan amalan orang yang takkabur naik ke langit seterusnya
4.Malaikat Pintu langit keempat-Tidak membenarkan amalan orang yang ujub naik ke langit seterusnya
5.Malaikat Pintu langit kelima-Tidak membenarkan amalan orang yang hasad naik ke langit seterusnya
6.Malaikat Pintu langit keenam-Tidak membenarkan amalan orang yang tiada belas kasihan pada orang susah naik ke langit seterusnya
7.Malaikat Pintu langit ketujuh-Tidak membenarkan amalan orang yang riyak naik ke langit seterusnya
Apabila amalan sesorang melepasi ketujuh pintu langit dan dibawa kepada Allah SWT, Allah berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. dia TIDAK IKHLAS kepada Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku."
Perasaan sayu membaca firman Allah di perenggan terakhir kerana kita sedia maklum dalam kita beribadat terdapat banyak cabaran, serta melihat kekurangan diri sendiri, semoga kita boleh membuat amal kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas disamping menjauhi tujuh pekara yang menyekat amalan kita diangkat ke sisi Allah SWT dengan berusaha sebaik-baiknya. Insan yang bernama manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan, namun semoga niat baik untuk berusaha mencari rahmat dan redha Allah SWT membantu kita menjauhi halangan di atas. InsyaAllah. Allah berpesan supaya kita tidak berputus asa kepadaNYA.
Sumber Rujukan: Solusi Isu no 32
No comments:
Post a Comment