Tuesday, April 5, 2011
Perasaan Malu (Renungan dan Tazkirah)
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, kita telah diajar sewaktu di sekolah dahulu bahawa perasaan malu yang berpatutan adalah baik disisi agama kerana ia adalah perisai buat mukmin. Perasaan ini lahir secara semulajadi dalam setiap insan. Contohnya, kalau kita buat salah yang tidak sepatutnya kita malu pada kawan-kawan dan keluarga, kita memakai pakaian yang kurang sesuai sewaktu majlis tertentu kita malu dengan tetamu, jika kita tersalah kata pada orang lain kita akan malu pada orang tersebut dan minta maaf.
Jadi , adalah patut kita 'mendidik' diri kita agar rasa malu pada Allah SWT dengan sikap kita sebelum melakukan kesalahan dan jika dah melakukannya rasa malu untuk lakukan lagi, serta minta maaf pada Allah dengan kadar segera.
Bila kita malu pada Allah akan kesilapan kita, kita lebih sedar akan perlakuan kita. InsyaAllah dengan sikap sebegini kita boleh memelihara diri kita dengan lebih baik. Semoga kita menjauhi sikap tidak kisah...kerana itu akan mengundang banyak masalah kepada kita. Renungkanlah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment