Tuesday, April 26, 2011

Fenomena solat dan kejadian manusia-Tazkirah dan Renungan



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, sebagai muslim kita dimaklumkan dalam Al-Quran bahawa manusia adalah diantara makhluk Allah yang diciptakan untuk beribadat kepadanya. Allah juga mengajar kita kepentingan masa melalui surah Al-Asr. Oleh itu Allah SWT yang maha bijaksana membahagikan masa-masa bagi setiap negara dan pelusuk dunia dan menyarankan solat bagi umat islam pada masa yang ditetapkan. 

Jika direnungkan perbezaan masa dan solat 5 kali sehari ini bermaksud manusia di seluruh dunia setiap masa sedang tunduk beribadat kepada Allah  secara bergilir-gilir setiap hari. Ini jelas menunjukkan kebenaran, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT yang berjaya mengatur dan mendidik hambanya beribadat kepadanya secara menyeluruh lagi bersistematik. Kita boleh befikir sendiri tentang kebenaran ini kerana ia sememangnya berlaku di hadapan mata kita sendiri. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang sentiasa beribadat kepadanya ini, InsyaAllah.

Alhamdulillah memang benar Allah mendidik kita secara berperingkat-peringkat sesuai dengan fitrah kejadian kita yang berperingkat-peringkat. Memang benarlah juga Allah menciptakan kita semua untuk beribadah kepadanya.

No comments:

Post a Comment