Sunday, June 19, 2011

Bangunlah awal anak didikku,sungguh banyak kelebihannya-Motivasi dan Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Hari ini saya ingin berkongsi kebaikan dan kelebihan bangun awal pagi kerana saya dapati ramai anak didik seringkali bangun lewat dan menjadi satu tanggungjawab buat saya untuk mendidik dan berkongsi ilmu. Sebenarnya salah satu cara yang paling mudah untuk bangun awal pagi adalah memberitahu diri kita sendiri untuk terjaga atau bangun pada jam berapa esok harinya. Contohnya sebelum tidur katakan pada diri anda, "besok bangun pagi jam 5.30 untuk solat subuh dan melaksanakan tugas harian" InsyaAllah berkesan..sebagai plan B setlah alarm kat HP saudara sekalian, tetapi bila dilatih jam biologi dalam tubuh anda lebih berkesan. Inilah cara yang saya lakukan kerana sudah biasa hidup berdikari, bila jauh dari keluarga tiada sesiapa yang boleh kejutkan anda, bukan macam zaman sekolah.

Berikut adalah kebaikan bangun pagi..:


Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani
1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding padawaktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. 
2) Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
6)Ada sahabat yang alim berpesan bahawa Rasulullah SAW bersabda orang yang bangun awal pagi dimurahkan rezeki.

Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.


Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:
1: Akhirat- diganjari pahala oleh Allah
2 : Dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit

RujukanRushdunk Blogspot

No comments:

Post a Comment