Thursday, April 7, 2011

Berikan Ruang (Motivasi)


                             Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Setiap orang memerlukan ruang untuk berkembang, maka, janganlah kita hadkan diri dari keperluan ini…ia amat berkait rapat kebolehan dan kemampuan diri. Jika kita berikan diri kita ruang, emosi dan jasmani kita akan lebih stabil, ini akan menjadikan kita orang yang lebih tenang dan berjaya, serta orang lain akan lebih selesa berurusan  dengan kita.

 Beri diri kita ruang-ruang ini:
1.       Ruang untuk gembira
2.       Ruang untuk belajar
3.       Ruang untuk mencuba
4.       Ruang untuk berkawan
5.       Ruang untuk bermaafan
6.       Ruang untuk berfikir
7.       Ruang untuk mengasah bakat
8.       Ruang untuk beribadah dan memperbaiki ibadah
9.       Ruang untuk memperbetulkan kesilapan diri
10.   Ruang untuk berbuat kebaikan
11.   Ruang untuk melaksanakan hobi dan cita-cita
12.   Ruang untuk melaksanakan impian
13.   Ruang untuk meluangkan masa dengan orang lain
14.   Ruang untuk diri sendiri
15.   Ruang untuk berjaya

Words of Wisdom 5 / Mutiara Kata 5 (Motivasi / Motivation)


"It doesn't matter what others might say, ALL that matters is what you have at the back of your mind"
Raja Mohamad Zatimi Raja Putera

Wednesday, April 6, 2011

Motivasi ABC- (Motivasi)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, pernah dengar kan orang kata, senang je macam ABC....namun ada yang kita boleh pelajari daripada ABC. Kita boleh membaca buku dan mendapatkan ilmu dan maklumat dan berkomunikasi apabila tahu menggunakan semua huruf-huruf yang ada bermula dgn ABC. Moral behind the story, kita tidak boleh mengambil mudah apa-apa perkara....memperlekehkan apa-apa perkara, jika tidak banyak benda yang kita akan ketinggalan...jadi tumpukan perhatian selalu. :)

Tuesday, April 5, 2011

Perasaan Malu (Renungan dan Tazkirah)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, kita telah diajar sewaktu di sekolah dahulu bahawa perasaan malu yang berpatutan adalah baik disisi agama kerana ia adalah perisai buat mukmin. Perasaan ini lahir secara semulajadi dalam setiap insan. Contohnya, kalau kita buat salah yang tidak sepatutnya kita malu pada kawan-kawan dan keluarga, kita memakai pakaian yang kurang sesuai sewaktu majlis tertentu kita malu dengan tetamu, jika kita tersalah kata pada orang lain kita akan malu pada orang tersebut dan minta maaf.

Jadi , adalah patut kita 'mendidik' diri kita agar rasa malu pada Allah SWT dengan sikap kita sebelum melakukan kesalahan dan jika dah melakukannya rasa malu untuk lakukan lagi, serta  minta maaf pada Allah dengan  kadar segera.

Bila kita malu pada Allah akan kesilapan kita, kita lebih sedar akan perlakuan kita. InsyaAllah dengan sikap sebegini kita boleh memelihara diri kita dengan lebih baik. Semoga kita menjauhi sikap tidak kisah...kerana itu akan mengundang banyak masalah kepada kita. Renungkanlah....

Monday, April 4, 2011

Rahmat Allah SWT (Tazkirah)

  
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah, 
Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka." (Riwayat Muslim)

"..bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat". (Al-Hujuraat: 10)

“Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang muhsinin (orang yang memperbaiki amalannya).” (Surah al-A’raf: 5)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (A-li 'Imraan: 8)

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!" (Al-Mu'minun: 118) 

Adab Sesama Muslim (Tazkirah)

 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah, Tazkirah ringkas yang saya  ingin kongsi...

Rasulullah saw. bersabda: Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Shahih Muslim No.4677)

Motivasi Lampu Suluh/ Torch light Motivation. (Motivasi/Motivation)


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, pernahkah anda menggunakan lampu suluh? Sudah tentukan. Ingin mengaitkan dengan tabiat kita sendiri. Kadang-kadang orang sangat suka mencari kesalahan dan kekurangan orang lain, jangan begitu cuba suluh-suluhlah diri sendiri dahulu....tiada siapa yang sempurna, semua dianugerahkan kelebihan dan kekurangan masing-masing..renung-renungkanlah.


Salam and greetings to all blessed by Allah SWT. Have you ever used the torch light, I'm sure you have...I would like to relate with people's attitude... People seem to have a way of highlighting on other's weaknesses and make a fuss about that. Why dont they stop for a while and look at themselves before pointing out fingers to others. Everyone is special in their own way, so think about it.