Tuesday, July 5, 2011

Persevere/Daya Tahan-Motivation/Motivasi



Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT...Motivasi minggu ni adalah resepi kejayaan adalah mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak mudah mengalah apatah lagi putus asa, yakni kepada Allah SWT, kehidupan, tugasan dan segala yang berlaku di sekitar kita...semoga ini mengubati kita dikala ujian kesusahan datang kepada kita, lalui dengan apa yang terdaya.

Greetings everyone..self perseverance is very important where giving up is not an option, is the the recipe for success, but how many can do this? this depends on your own will and your efforts, focus your positive energy and bring in all the efforts then success will be on your side.


Good motivation for difficult times..Raja Mohamad Zatimi Raja Putera

Tuesday, June 28, 2011

Iman yang paling Afdal-Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Nabi bersabda, Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Sunday, June 26, 2011

Amalan yang ikhlas bagi melepasi langit tujuh dan diterima Allah SWT-Tazkirah dan Motivasi

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,


Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum menciptakan langit dan bumi, kemudian, mereka ditugaskan menjaga setiap satu pintu langit. Di setiap pintu ini malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan bagi memastikan amalan manusia tersebut diterima dan dapat melalui ke pintu langit seterusnya atau sebaliknya.

1.Malaikat Pintu langit pertama-Tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat naik ke langit seterusnya
2.Malaikat Pintu langit kedua-Tidak membenarkan amalan orang yang harap amalan membawa keuntungan dunia naik ke langit seterusnya.
3.Malaikat Pintu langit ketiga-Tidak membenarkan amalan orang yang takkabur naik ke langit seterusnya
4.Malaikat Pintu langit keempat-Tidak membenarkan amalan orang yang ujub naik ke langit seterusnya
5.Malaikat Pintu langit kelima-Tidak membenarkan amalan orang yang hasad naik ke langit seterusnya
6.Malaikat Pintu langit keenam-Tidak membenarkan amalan orang yang tiada belas kasihan pada orang susah naik ke langit seterusnya
7.Malaikat Pintu langit ketujuh-Tidak membenarkan amalan orang yang riyak naik ke langit seterusnya

Apabila amalan sesorang melepasi ketujuh pintu langit dan dibawa kepada Allah SWT, Allah berfirman yang bermaksud: "Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hamba-Ku ini. dia TIDAK IKHLAS kepada Ku dengan amalannya. Dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku."


Perasaan sayu membaca firman Allah di perenggan terakhir kerana kita sedia maklum dalam kita beribadat terdapat banyak cabaran, serta melihat kekurangan diri sendiri, semoga kita boleh membuat amal kepada Allah SWT dengan penuh ikhlas disamping menjauhi tujuh pekara yang menyekat amalan kita diangkat ke sisi Allah SWT dengan berusaha sebaik-baiknya. Insan yang bernama manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan, namun semoga niat baik untuk berusaha mencari rahmat dan redha Allah SWT membantu kita menjauhi halangan di atas. InsyaAllah. Allah berpesan supaya kita tidak berputus asa kepadaNYA.


Sumber Rujukan: Solusi Isu no 32

Thursday, June 23, 2011

"Hasad" yang OK-Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Tidak boleh hasad (ghitah) kecuali kepada dua orang iaitu:

1. Orang yang Allah anugerahkan kepadanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikan.
2. Orang yang Allah berikan ilmu (Al-Quran dan Sunnah), Ia menunaikan dan mengajarkannya."

                                                                                                                 (Muttafaq 'alaih)

Sumber: Solusi edisi 32, M/S 22.

Tuesday, June 21, 2011


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Kunci-Kunci Rezeki menurut Al-Quran dan As-Sunnah.

1.Sentiasa beristighfar dan bertaubat
2.Taqwa
3.Tawakal
4.Beribadah sepenuhnya kepada Allah SWT
5.Laksanakan Haji dan Umrah
6.Hubungkan Silaturahim
7.Infaq di jalan Allah SWT
8.Infaq kepada penuntut ilmu syar'i
9.Berbuat baik kepada manusia yang lemah
10. Hijrah di jalan Allah SWT

Berikut adalah beberapa kunci-kunci yang boleh kita amalkan semoga Allah SWT memurahkan rezeki kita dunia akhirat, selain itu kita juga harus bersyukur dan berbuat baik kepada ibu-bapa kerana ini juga akan mengundang keredhaan Allah SWT untuk melimpahkan rahmat, redha dan rezekinya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. InsyaAllah semoga kita semua dimurahkan rezeki olehNYA.Amin.

Sunday, June 19, 2011

Bangunlah awal anak didikku,sungguh banyak kelebihannya-Motivasi dan Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Hari ini saya ingin berkongsi kebaikan dan kelebihan bangun awal pagi kerana saya dapati ramai anak didik seringkali bangun lewat dan menjadi satu tanggungjawab buat saya untuk mendidik dan berkongsi ilmu. Sebenarnya salah satu cara yang paling mudah untuk bangun awal pagi adalah memberitahu diri kita sendiri untuk terjaga atau bangun pada jam berapa esok harinya. Contohnya sebelum tidur katakan pada diri anda, "besok bangun pagi jam 5.30 untuk solat subuh dan melaksanakan tugas harian" InsyaAllah berkesan..sebagai plan B setlah alarm kat HP saudara sekalian, tetapi bila dilatih jam biologi dalam tubuh anda lebih berkesan. Inilah cara yang saya lakukan kerana sudah biasa hidup berdikari, bila jauh dari keluarga tiada sesiapa yang boleh kejutkan anda, bukan macam zaman sekolah.

Berikut adalah kebaikan bangun pagi..:


Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani
1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding padawaktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. 
2) Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan
6)Ada sahabat yang alim berpesan bahawa Rasulullah SAW bersabda orang yang bangun awal pagi dimurahkan rezeki.

Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.


Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:
1: Akhirat- diganjari pahala oleh Allah
2 : Dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit

Rujukan: Rushdunk Blogspot

Monday, June 13, 2011

Dugaan adalah ujian terhadap tahap keimanan- Renungan..



Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Allah menduga kita dengan pelbagai cabaran...
InsyaAllah itu semua untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita...
sebagai hamba sudah tentulah kita wajib mentaatinya....comfort

pokok pangkalnya kita kena letakkan hati kita kpd Allah swt....
walau seberat manapun ujian yang allah berikan,insyaAllah kita akan dapt menangani dengan penuh ketabahan dan keredhaaninsyaAllahreal sadreal sad


Allah memberikan ujian yang sesuai dgn kemampuan kita.....
walaupun terasa berat untuk kita menerimanyamasyaAllah

ingatlah.......selepas hujan adanya pelangi....
tidak selamanya Allah akan menduga kita, Allah pasti akan memberikan hadiah yng terbaik yang tidak ternilai untuk kita semua....insyaAllahcomfortpray

semoga segala kesabaran kita akan mendapat rahmat dan barakah dariNYA...aminhehehetatathumbs upclaptatagrindance



Sumber: Iluvislam.com