Monday, June 13, 2011

Allah bersama orang yang berzikir-Tazkirah





Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman:'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)." (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, June 9, 2011

Pergantungan hanyalah kepada Allah SWT-Tazkirah dan motivasi

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,





Allah SWT berfirman, “Janganlah kamu meminta minta selain dari Aku”

Namun apabila kita menghadapi kesusahan, kita  selalu meminta pertolongan dengan manusia iaitu saudara, rakan-rakan, janganlah kita  lupa yang memakbulkan segalanya adalah Allah SWT, oleh itu ingatlah kepada Allah sewaktu senang dan susah, tatkala menghadapi kesulitan dan musibah kita seharusnya mengadu dan berdoa kepadaNYA dan selepas itu berusaha dan tawakal selalu.

Coretan: Raja Mohamad Zatimi B Raja Putera

Wednesday, June 8, 2011

Karakter Penghuni Syurga-Tazkirah dan Motivasi

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Karakter Penghuni Syurga:
1. Wajah ahli syurga bercahaya seperti cahaya bulan purnama
2. Bersih kulitnya, muda, putih, bercelak
3. Berumur 33 tahun
4. Perwatakan seperti Adam, setinggi 60 hasta
5. Penghuni Syurga tidak perlu lagi membuang air, berludah atau berhingus.
6. Keringat mereka minyak kasturi
7. Bejana dan sikat  mereka dari emas dan perak
    (Direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim)


Tuesday, June 7, 2011

Jaminan Allah SWT pada hambanya yang beriman-Tazkirah.

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Selesainya penciptaan Adam oleh Allah SWT, bermulalah episod Iblis melanggar perintah Allah SWT dan nekad mahu merosakkan semua anak-anak cucu Adam dengan angkuhnya walaupun  Allah SWT telah memberi  tangguh hukuman atas kesalahannya menderhaka… Maka Allah SWT berfirman:

“ Pergilah engkau bersama pengikut pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-KU yang telah beriman kepadaku  dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang benar yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah.”

Pengajaran yang kita boleh pelajari:

1.      -Allah SWT telah berfirman dengan tegas manusia yang beriman sepenuh hati dan sebenarnya tidak akan boleh disesatkan oleh iblis.

2.      - Iblis memilih untuk terus menderhaka walau telah diberi peluang untuk bertaubat oleh Allah SWT.  Sifat angkuh dan dengkinya menyebabkan dia tidak menghargai  kemurahan Allah SWT dan sebaliknya hanya mahu merosakkan dan mencampuri urusan Allah SWT.
  
3.      - Setiap orang adalah urusan Allah SWT dan ada perancangan untuk mereka, maka kita tidak sepatutnya menyusahkan orang lain kerana seolah-olah kita juga mencampuri urusan Allah yang telah tetap ketetapannya.

4.     - Kita masih diberi peluang untuk mencari limpahan Rahmat dan RedhaNYA yang luas maka kita harus menyahut seruan ini .

5.    - Iman yang sebenar mampu menepis segala kebolehan Iblis yang menyesatkan manusia.

6.    - Janganlah kita tertipu dengan helah-helah yang sama oleh syaitan dan iblis kerana kita telah dikurniakan akal fikiran yang baik. Allah SWT telah memberi banyak teladan dalam kisah-kisah umat terdahulu dalam Al-Quran jika kita mahu ambil pelajaran.
  
Artikel ini saya kongsi sebagai motivasi bagi kita memperbaiki diri masing-masing yang serba kekurangan ini, InsyaAllah..semoga kita sama-sama beroleh kebaikan dan dikasihi Allah SWT, Amin.

Sumber: Malam Pertama di Syurga, Adil Akhyar, SH, LL.M, Pustaka Azhar, 2010

Sedekah-Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


"Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api"
(HR. Tirmidzi)

Monday, June 6, 2011

Sekeping Hati Anak Cucu Adam-Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,



“Ada sekeping daging dalam badan manusia, apabila keadaannya baik, seluruh diri jadi baik. Dan apabila ia tidak baik, seluruh diri jadi tidak baik. Sedarlah, daging itu ialah hati.”

Sekeping hati yang baik adalah penting kerana ia menentukan peribadi dan perilaku seseorang manusia. Jadi dalam mencari Keredhaannya marilah kita sama-sama melihara hati kita dengan penuh niat kebaikan insyaAllah.

Saturday, June 4, 2011

"Tali"-Tazkirah dan Motivasi

 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Saya ada terbaca di majalah solusi bahawa manusia yang membina tali siraturahim sesama manusia amat disukai Allah SWT dan antara sebab akan dipanjangkan umur seseorang dengan izinNYA.
Namun begitu yang lagi penting adalah kita sebagai manusia harus menjaga tali silaturahim denganNYA, Allah SWT dengan mempercayai bahawa pergantungan yang total kepadaNYA adalah merupakan "tali" yang paling kuat lagi kukuh merentasi dunia akhirat kerana itulah sebenarnya dalamnya kasih Allah pada muslim yang benar. Bersesuaian dengan sifat Allah SWT iaitu AR RAHIM (Maha Penyayang) dan AL QAHHAR (Maha Perkasa). Sentiasalah bertawakal meminta pertolongannya kerana dia ada bersama orang yang bersabar dan berharap mencari rahmat dan redhaNYA, InsyaAllah.