Saturday, February 26, 2011

Renungan terhadap Ikan- Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Mari kita renung-renungkan mengenai batas yang Allah telah tetapkan pada setiap ciptaannya. Oleh kerana manusia sering melampaui batas maka cubalah kita belajar melalui beberapa contoh batas yang ditetapkan Allah. Hari ini kita lihat contoh ikan dan pertemuan air laut dan sungai di muara.

1. Ikan dilautan air masin tetap tawar dagingnya walau bertahun-tahun tinggal dalam air
2. Pertemuan antara air tawar dan air masin tetap tidak bercampur di muara.

Maka kita boleh belajar disini, setiap ciptaan Allah SWT ada batas-batasnya tertentu. Marilah kita pujuk diri kita semua supaya tidak melampaui batas yang ditetapkan untuk kita semua InsyaAllah.

Hikmah dan pelajaran dari Pokok- Tazkirah



Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. 

Setiap Ciptaan Allah SWT ada hikmahnya untuk direnungi dan difikirkan oleh manusia. Belajarlah dari KESABARAN dan KETABAHAN sebatang pohon. Ini kerana tidak ramai orang yang dapat bersabar, jadi mari kita renungkannya.

Bermula dari benih yang kecil, ia membesar menjadi pokok besar dan semakin kuat akarnya. (jika manusia saya suka kaitkan akar dengan 'pergantungan kita pada Allah SWT' sekuat akar bergantung pada tanah, dan juga 'kekuatan dan ketajaman' akal fikiran). Sebelum menjadi pohon yang kuat ia belajar menahan matahari terik hari demi hari...kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan manusia dan haiwan yang boleh bergerak lagi rakus tingkahlakunya.. Jadi marilah kita ambil pelajaran supaya sebagai manusia kita tidak mudah kalah berhadapan dengan pelbagai keadaan dan suasana (ujian). InsyaAllah.

Sumber: Solusi Bil 28 2011

Friday, February 25, 2011

Timbangan Mizan-Tazkirah



Nabi bersabda, “Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

Pesanan buat diriku dan saudara-saudaraku, supaya beringat selalu.... semoga kita semua beroleh kemenangan disisi Allah SWT nanti. Amin.

Thursday, February 17, 2011

Takut yang berlebihan- Tips


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. " Hidup sekali, hiduplah penuh erti." Kita mesti berani menghadapi cabaran. Para doktor berpendapat takut yang berlebihan dapat menyebabkan kerosakan sel otak hingga menyebabkan penyakit alzheimer, parkinson, nyanyuk sebelum masa (premature senility) dan mempercepatkan proses penuaan. Bagi yang menguatkan hati, banyakkanlah membaca 'Laa haula wala quwwata illa billah". Semoga perkongsian ilmu sedikit sebanyak memujuk diri kita untuk lebih berani insyaAllah.
Sumber:365 Tips Sihat Gaya Rasullullah, Dr. Mohammad Ali Toha.

Monday, February 14, 2011

Nabi Muhammad SAW, Cahaya dan rahmat buat sekalian Alam.


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Nabi Muhammad SAW adalah insan terpilih iaitu penghulu dan junjungan kita Umat Islam kerana baginda telah membawa rahmat dan cahaya Ilahi menerangi sekalian alam serta isi kandungannya dengan Izin Allah SWT.

Kita seharusnya mencontohi akhlaknya dalam membentuk peribadi muslim yang solehah..sunnah baginda adalah dipermudahkan untuk umatnya dan disulami kebenaran dan kasih sayang, melalui dakwah baginda kita dapat melihat dengan mata dan mata hati tentang kebenaran yang maha ESA.

Semoga kita memelihara akhlak kita dan mecontohi sunnahnya semampu daya kita, berselawat padanya semoga kita mendapat syafaat baginda dengan izin Allah SWT di akhirat nanti. Saya sekadar berpesan pada diri saya sendiri dan saudara muslim yang lain,
"Nabi pernah berpesan "Sampaikanlah oleh kamu dariku meskipun hanya satu ayat." " Diriwayatkan oleh Bukhari 3461 menerusi Abdullah bin 'Amr.

Salam Maulidur Rasul buat semua saudara muslim, marilah kita memelihara akhlak dan iman kita dengan mencontohi akhlak baginda semoga segala usaha dan pengorbanan nabi dan rasul tidak sia-sia serta kita sendiri akan mendapat manfaat dan ganjaran oleh Allah SWT dunia dan akhirat, Amin.

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم 

Saturday, February 12, 2011

Penyakit "Hati" - Tazkirah


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT.

Penyakit "Hati" adalah boleh memberi kesan kepada kesihatan namun tidak ramai yang menyedarinya.
Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam. AL-Ghazali  menyatakan dendam menyebabkan
barah. Sifat dengki merosakkan organ organ utama dan gangguan hormon. Ibn Qayyim berkata 3 faktor penyakit hati adalah sering melakukan maksiat, berfoya-foya dan mencintai dunia terlalu berlebihan.

Sumber:365 Tips Sihat Gaya Rasullullah, Dr. Mohammad Ali Toha.

Friday, February 11, 2011

Masa Muda- Tazkirah


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Setiap insan yang bernama manusia pasti akan melalui pelbagai proses dalam kehidupan. Salah satunya meniti usia. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan saudara saudara pembaca supaya kita menggunakan masa muda yang indah ini untuk melakukan amal soleh semampu daya diri kita. Kita mulakan dengan yang mudah dan ringkas dan kadang-kadang kita boleh memberi sedikit cabaran kepada diri kita untuk membuat yang terbaik. Masa berlalu dengan pantas, walhal sekelip mata, semoga kita menyiapkan diri dengan ilmu dan amal soleh demi mencari rahmat dan redhaNYA dunia akhirat. InsyaAllah.