Monday, February 14, 2011

Nabi Muhammad SAW, Cahaya dan rahmat buat sekalian Alam.


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Nabi Muhammad SAW adalah insan terpilih iaitu penghulu dan junjungan kita Umat Islam kerana baginda telah membawa rahmat dan cahaya Ilahi menerangi sekalian alam serta isi kandungannya dengan Izin Allah SWT.

Kita seharusnya mencontohi akhlaknya dalam membentuk peribadi muslim yang solehah..sunnah baginda adalah dipermudahkan untuk umatnya dan disulami kebenaran dan kasih sayang, melalui dakwah baginda kita dapat melihat dengan mata dan mata hati tentang kebenaran yang maha ESA.

Semoga kita memelihara akhlak kita dan mecontohi sunnahnya semampu daya kita, berselawat padanya semoga kita mendapat syafaat baginda dengan izin Allah SWT di akhirat nanti. Saya sekadar berpesan pada diri saya sendiri dan saudara muslim yang lain,
"Nabi pernah berpesan "Sampaikanlah oleh kamu dariku meskipun hanya satu ayat." " Diriwayatkan oleh Bukhari 3461 menerusi Abdullah bin 'Amr.

Salam Maulidur Rasul buat semua saudara muslim, marilah kita memelihara akhlak dan iman kita dengan mencontohi akhlak baginda semoga segala usaha dan pengorbanan nabi dan rasul tidak sia-sia serta kita sendiri akan mendapat manfaat dan ganjaran oleh Allah SWT dunia dan akhirat, Amin.

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم 

No comments:

Post a Comment