Monday, February 14, 2011

Nabi Muhammad SAW, Cahaya dan rahmat buat sekalian Alam.


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Nabi Muhammad SAW adalah insan terpilih iaitu penghulu dan junjungan kita Umat Islam kerana baginda telah membawa rahmat dan cahaya Ilahi menerangi sekalian alam serta isi kandungannya dengan Izin Allah SWT.

Kita seharusnya mencontohi akhlaknya dalam membentuk peribadi muslim yang solehah..sunnah baginda adalah dipermudahkan untuk umatnya dan disulami kebenaran dan kasih sayang, melalui dakwah baginda kita dapat melihat dengan mata dan mata hati tentang kebenaran yang maha ESA.

Semoga kita memelihara akhlak kita dan mecontohi sunnahnya semampu daya kita, berselawat padanya semoga kita mendapat syafaat baginda dengan izin Allah SWT di akhirat nanti. Saya sekadar berpesan pada diri saya sendiri dan saudara muslim yang lain,
"Nabi pernah berpesan "Sampaikanlah oleh kamu dariku meskipun hanya satu ayat." " Diriwayatkan oleh Bukhari 3461 menerusi Abdullah bin 'Amr.

Salam Maulidur Rasul buat semua saudara muslim, marilah kita memelihara akhlak dan iman kita dengan mencontohi akhlak baginda semoga segala usaha dan pengorbanan nabi dan rasul tidak sia-sia serta kita sendiri akan mendapat manfaat dan ganjaran oleh Allah SWT dunia dan akhirat, Amin.

صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّم 

Saturday, February 12, 2011

Penyakit "Hati" - Tazkirah


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT.

Penyakit "Hati" adalah boleh memberi kesan kepada kesihatan namun tidak ramai yang menyedarinya.
Sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam. AL-Ghazali  menyatakan dendam menyebabkan
barah. Sifat dengki merosakkan organ organ utama dan gangguan hormon. Ibn Qayyim berkata 3 faktor penyakit hati adalah sering melakukan maksiat, berfoya-foya dan mencintai dunia terlalu berlebihan.

Sumber:365 Tips Sihat Gaya Rasullullah, Dr. Mohammad Ali Toha.

Friday, February 11, 2011

Masa Muda- Tazkirah


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Setiap insan yang bernama manusia pasti akan melalui pelbagai proses dalam kehidupan. Salah satunya meniti usia. Saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan saudara saudara pembaca supaya kita menggunakan masa muda yang indah ini untuk melakukan amal soleh semampu daya diri kita. Kita mulakan dengan yang mudah dan ringkas dan kadang-kadang kita boleh memberi sedikit cabaran kepada diri kita untuk membuat yang terbaik. Masa berlalu dengan pantas, walhal sekelip mata, semoga kita menyiapkan diri dengan ilmu dan amal soleh demi mencari rahmat dan redhaNYA dunia akhirat. InsyaAllah.

Thursday, February 10, 2011

Sabar (Tazkirah)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

 

InsyaAllah, marilah kita sama-sama tingkatkan kesabaran dalam menjalani kehidupan seharian yang penuh ujian dan dugaan ini. Amin.

Tuesday, February 8, 2011

Nabi Muhammad SAW selalu bertaubat walau telah dijamin Syurga Allah SWT.Tazkirah

 
Nabi bersabda, “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.”
(HR. Bukhari)

Antara Kebaikan Bersedekah.


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Sedarkah kita dalam masyarakat kita terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan kewangan. Alhamdulillah sebagai pekerja kita telah pun membayar zakat pendapatan dan jika kita mempunyai simpanan kita juga membayar zakat simpanan. Namun begitu jika kita mampu, Nabi mngalakkan kita bersedekah bagi meringankan penderitaan yang dialami oleh orang miskin.

"Sembuhkanlah penyakitmu dengan bersedekah".  Dengan bersedekah, penyakit dapat dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan dipercepatkan.

Sumber:365 Tips Sihat Gaya Rasullullah, Dr. Mohammad Ali Toha.

Saturday, February 5, 2011

Masa Di Dunia dan Akhirat





"Ingatlah hidup ini tidak lebih dari 0,5 detik cosmic (perhitungan untuk mengukur kecepatan cahaya) 1 hari di padang masyar bersamaan dengan 50ribu tahun dunia (QS70:4).1 hari akhirat sama dengan 1ribu tahun dunia (QS 32:5). kalau umur kita sampai 100 tahun adalah sama dengan 2 jam 24 minit di akhirat "

Sumber: http://www.bagendot.co.cc/2010/01/perbadaan-waktu-dunia-dan-akhirat.html