Thursday, February 10, 2011
Tuesday, February 8, 2011
Nabi Muhammad SAW selalu bertaubat walau telah dijamin Syurga Allah SWT.Tazkirah
Nabi bersabda, “Demi Allah. Sungguh aku selalu beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.”
(HR. Bukhari)
Antara Kebaikan Bersedekah.
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Sedarkah kita dalam masyarakat kita terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan kewangan. Alhamdulillah sebagai pekerja kita telah pun membayar zakat pendapatan dan jika kita mempunyai simpanan kita juga membayar zakat simpanan. Namun begitu jika kita mampu, Nabi mngalakkan kita bersedekah bagi meringankan penderitaan yang dialami oleh orang miskin.
"Sembuhkanlah penyakitmu dengan bersedekah". Dengan bersedekah, penyakit dapat dicegah, penderitaan diringankan dan penyembuhan dipercepatkan.
Sumber:365 Tips Sihat Gaya Rasullullah, Dr. Mohammad Ali Toha.
Saturday, February 5, 2011
Masa Di Dunia dan Akhirat
Sumber: http://www.bagendot.co.cc/2010/01/perbadaan-waktu-dunia-dan-akhirat.html
Monday, January 31, 2011
Photo of the Day- Nature (Photography)
Marilah hayati keindahan alam, sumber ketenangan melihat ciptaan dan kebesaran Ilahi.
Let's appreciate the amazing display of nature by our Mighty creator, as a source of peace and relaxation.
Photo taken near Gerik,Baling highway 30 Jan 2011, by Raja Zatimi
Kelebihan-Kelebihan dan Fadilat Ayat Kursi (Tazkirah)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Bagi coretan tazkirah kali ini, saya ingin berkongsi kelebihan-kelebihan Ayat Kursi agar kita dapat memanfaatkannya bersama dan memperoleh keredhaan dan keselamatan Allah SWT dunia dan akhirat. InsyaAllah.
1. Barangsiapa yang sering membaca Ayat Kursi akan dikasihi dan dilindungi oleh Allah SWT sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
2.Sesiapa yang sentiasa membaca Ayat Kursi selepas solat pahalanya seumpama pahala orang yang mustakim dan balasan amal orang Siddiq iaitu syurga.
3.Siapa yang membaca Ayat Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah SWT mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.
4.Sesiapa yang menemui halangan serta kesusahan dalam mencari rezeki, bacalah ayat kursi sebanyak 170 kali, insyaAllah murah rezeki dan terlepas dari kesusahan.
5.Sesiapa yang membaca Ayat kursi dengan istiqamah setiap masa akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan pemerintah dan manusia yang kejam serta kejahatan binatang yang memudaratkan.Terpelihara harta, keluarga dan dirinya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
6.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), ditiupkan pada air dan diminumnya , maka insyaAllah akan mencerdaskan akal dan mudah faham apa yang dipelajari.
7. Jika dibaca Ayat Kursi kepada empat penjuru rumah menjadi pelindung dari syaitan.
8.Jika dibaca Ayat Kursi sewaktu perjalanan akan diberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
9.Jika dibaca Ayat Kursi dengan penuh khusyuk, insyaAllah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
10.Sesiapa yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur, Allah SWT mewakilkan 2 malaikat memeliharanya sehingga subuh.
11. Sesiapa yang membaca Ayat Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah SWT sehingga mati syahid.
Semoga kita dapat amalkan semampu dan daya kita, InsyaAllah Allah SWT akan menolong dan ada bersama dengan kita selalu, asalkan niat kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta perlindunganNYA.
(Sumber: Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi, Kharul Ghazali dan Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) 2010.

12. Bacaan 7 kali Ayat Kursi sebelum keluar rumah atau kerja akan dikurniakan keselamatan daripada segala kejahatan dari syaitan, jin dan manusia seperti sihir, fitnah jalanan dan bahaya-bahaya.
Semoga kita dapat amalkan semampu dan daya kita, InsyaAllah Allah SWT akan menolong dan ada bersama dengan kita selalu, asalkan niat kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam meminta perlindunganNYA.
(Sumber: Al-Quran Di Sebalik Ayatul Kursi, Kharul Ghazali dan Tuan Guru dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) 2010.
Saturday, January 29, 2011
Keajaiban Susu (Renungan)
Susu adalah makanan pertama di dunia. :) Sangat ajaib sebenarnya kalau kita renungkan proses kejadian susu. Di dunia ini tidak ada teknologi atau kilang-kilang yang boleh menukarkan dan memproses zat zat makanan dan darah merah mejadi susu putih. Ini adalah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang maha pencipta. Allahuakbar!
Subscribe to:
Posts (Atom)