Sunday, January 1, 2012

Dunia ini hanyalah 1 dari 100 Rahmat Allah SWT.-Tazkirah Tahun Baru 2012

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,




Hakikatnya adalah seperti tajuk di atas namun kita dapat melihat ada sebahagian manusia yang terlalu mengejar dunia. Tidak salah jika manusia cuba untuk mengimbangi dunia dan akhirat namun jika terlalu leka dengan dunia, manusia juga yang akan rugi di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW “Allah menciptakan 100 rahmat, satu rahmat dibahagikan kepada seluruh isi dunia ini, sedangkan 99 bahagian lagi dibahagikan di akhirat (iaitu dalam syurga) (Riwayat Muslim)

Kupasan: Jika sekarang kita mahukan itu dan ini di dunia yang hanyalah satu bahagian sahaja, maka seharusnya kita berusaha juga untuk meraih 99 bahagian kita di akhirat kerana Allah SWT telah menyediakan yang terbaik untuk hambaNYA di syurga yang tidak pernah dicapai oleh deria manusia.Subhanallah.. semoga kita semua dalam golongan yang beruntung di akhirat nanti.Amin.

Sumber: Solusi Isu 38

No comments:

Post a Comment