Friday, March 18, 2011

Hikmah Allah pada "ASMA UL HUSNA" -Tazkirah

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, "ASMA UL HUSNA" nama-nama Allah yang indah yang menerangkan Zat-Zat Allah SWT yang sangat baik. Kebenarannya jelas disebut dalam AL-QURAN. Biasanya diamalkan sebagai zikir.

Sekarang, timbul isu ada agama lain yang ingin terjemah perkataan "Tuhan" kepada Allah dan meletakkan dalam kitab mereka. Mereka mengggunakan alasan "translation" iaitu alih bahasa. Perkataan "Tuhan" bolehlah ditranslate kepada "God" dan sebagainya.....tetapi tidak "ALLAH".Kita sedia maklum bahawa Allah adalah Maha ESA, iaitu tiada Tuhan melainkan DIA.

Allah adalah nama yang merangkumi dan mencakupi 99 namaNYA yang lain. Nama-nama tersebut melambangkan Zat-Zat Allah seperti KeperkasaanNYA, KesucianNYA dan KekayaanNYA. Ini bermaksud Allah tidak boleh dipisahkan dengan nama-namanya yang lain apatah lagi diterjemah, kerana Allah sendiri yang menyatakan namanya (Allah) dalam Al-Quran berserta ASMA UL HUSNA, bukannya dalam bahasa manusia ataupun terjemahan.


Sebagai muslim kita kena sedar hakikat kebenaran ini. Jangan kerana kita tidak peka atau cetek pengetahuan, ada anasir lain yang menggunakan kecerdikan mereka untuk menipu kita. Tetapi kebijaksanaan atau kejahatan mereka tidak akan dapat menolak kebenaran Allah SWT. Allah lagi Maha Mengetahui niat mereka terlebih dahulu.

Seperti banyak pekara yang tertulis di dalam AL-QURAN telah dilihat di alam ini, sudah terdapat banyak tanda-tanda dan Kalimah Allah yang terlihat di dunia sebagai petunjuk kebenaran bagi orang yang ingin beriman kepada Allah SWT,contohnya pada awan dilangit, buah-buahan, tanaman dan tubuh badan manusia, maka ada pihak yang ingin mengambil kesempatan memutar belitkan kebenaran bagi kepentingan masing masing. Maka kita yang diberikan cahaya AL-Quran dan akal fikiran oleh Allah SWT, mesti sentiasa tahu akan kebenaran supaya kita selamat dunia dan akhirat. Bersama-sama kita berdoa supaya Allah terus memelihara kita selalu. Amin.

Setiap pekara yang Allah jadikan semuanya mempunyai hikmah. Inilah juga Hikmah ASMA UL HUSNA iaitu menyatakan KebenaranNYA. Allah yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana (AL HAKIM).

Rujukan:

Buku ASMA UL HUSNA: NUR FATIMA RUSD JAHABERSA, 2009

No comments:

Post a Comment