Friday, December 2, 2011

Manusia yang baik-Hadis

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,



Nabi saw. bersabda, “Manusia yang paling baik di antara kamu ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.” (HR. Bukhari)
Pengajarannya jadilah orang yang berguna dan tidak mementingkan diri semata-mata. Apabila kita buat kebaikan pada orang lain, kebaikan itu juga kembali kepada kita.
Sumber: Tazkirah FB  Gambar: Di Singapura.

Apa yang kita kejar?-Renungan

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Saban hari manusia semakin sibuk berlumba lumba dalam dunia ini..kemajuan teknologi, karier dan sikap mementingkan kebendaan menjadi jadi.. mencari rezeki halal adalah sesuatu yang baik namun jika kita asyik mengejar wang ringgit sahaja, jawabnya ada yang terleka untuk beramal dan mencari bekalan pahala untuk akhirat kelak padahal wang ringgit kita yang berguni guni tiada nilai di akhirat. Sebagai manusia kita mudah terleka jadi marilah sama-sama kita menasihati antara satu sama lain. Marilah kita beramal dengan niat mendapatkan pahala kerana Allah SWT. Walaupun kita melakukan amal yang kecil di mata manusia, namun jika kita ikhlas, moga moga Allah SWT melihatnya sebagai amalan yang besar disisiNYA. 

Sumber gambar: Iluvislam.com

Coretan: Raja Mohamad Zatimi B. Raja Putera

Thursday, December 1, 2011

Doa bacaan yang baik bagi semua muslim

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Saya ingin berkongsi doa yang saya baru belajar ini, semoga Allah SWT memelihara kita semua, Amin.


Ketika Nabi Ibrahim Alaihi Salam dilempar ke dalam api, baginda mengucapkan ‘Hasbunallah wani’mal wakil‘ lalu Allah menjadikan api yang panas menjadi dingin sehingga Nabi Ibrahim terselamat dari api yang membara itu.

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.
(Ali Imran: 173)


Sumber: Tazkirah FB

Tuesday, November 29, 2011

Bersykurlah-Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Sedikit peringatan buat insan yang sentiasa kena diingatkan (termasuk diri sendiri)..semoga kita memperoleh kebaikan bersama, InsyaAllah.





Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud; "Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT." (Riwayat Muslim)

Saturday, November 19, 2011

Doa Mohon Perlindungan

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,

 Berkongsi doa yang saya baca di halaman Tazkirah di FB.




Allahuma inni 'auu zubika minal hubsi wal hoba is (Ya Allah, hamba berlindung kepadaMu dari segala kekotoran dan kejahatan)




Moga moga kita dapat kebaikan bersama Amin.

Saturday, November 12, 2011

Motivasi Solat (Motivasi)

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,

"Moga-Moga kita rajin bersolat..renungkanlah gambar-gambar ni,InsyaAllah"


Sumber: Online.Saya hanya share.

Thursday, November 10, 2011

A sign from Allah, Allah always wanted us to think on our own, Subhanallah..

Salam, It is before our eyes...look and ponder my dear friends...the rest I leave it to you, InsyaAllah you will see it.Amin.


Source: Friend sharing on FB

Wednesday, November 2, 2011

Kebaikan Puasa Arafah dan hari Asyura-Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,



Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". (Riwayat Muslim)

Rujukan: Iluvislam.com

Tuesday, October 18, 2011

Meraih Kebahagiaan-Mutiara Kata

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


"Raihlah kebahagiaan dengan membahagiakan orang lain"



SUMBER: Solusi: Isu 36

Sunday, October 16, 2011

Doa Mohon Rahmat Allah SWT-Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Marilah kita berdoa untuk memohon rahmat Allah...Rahmat Allah akan membawa hambaNYA ke syurga..




"Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahhab".

"Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia."
Sumber: Tazkirah di FB.

Perbandingan BIJI SAWI membuktikan Kasih Sayang Allah-Peliharalah Iman-Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya' atau hayat –terdapat keraguan dari Imam Malik. Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat." (SUMBER: Sahih Bukhari)
 Renung-renungkanlah....Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..

Janji Allah pada hambaNYA-Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Allah berfirman, “Maka ingatlah kepadaKU, pasti AKU akan ingat kepadamu.” (Al-Baqarah: 152)
InsyaAllah, semoga kita ingat pada Allah SWT sepanjang masa dikala senang dan susah, kerana itulah janjiNYA, selagi kita mengingatiNYA pasti DIA akan mengingati kita. Semoga zikir ringan di bibir dan hati muslim yang mencari rahmat dan redhaNYA.

Bakat=Kejayaan-Motivasi

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Saya ingin berkongsi satu teknik mudah bagaimana untuk berjaya. Saya menggunakan satu formula yang sesuai dengan diri iaitu bakat. Carilah sekurang-kurangnya satu bakat dalam diri anda dan asah (polish) selalu, akhirnya ia akan mengeluarkan kilauan kejayaan buat anda. Jika anda mempunyai banyak bakat, maka lagi baik untuk berjaya. Semoga kejayaan anda akan berkilau-kilau seperti berlian di atas. Remember, find your talent, polish and keep polishing until it glows and sparks your success. Good Luck.  Nukilan Raja Mohamad Zatimi B Raja Putera

Thursday, October 6, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT,


RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Wednesday, October 5, 2011

Sujud adalah suasana yang paling hampir antara muslim dan Allah- Tazkirah

Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT, saya ingin berkongsi tazkirah ini :



Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.



Sumber: Tazkirah di Facebook

Monday, September 19, 2011

Mutiara kata-Tazkirah


Salam buat pembaca yang dirahmati Allah SWT, saya ingin berkongsi mutiara kata ini :


"Nikmat maksiat akan hilang, tapi dosanya berkekalan"

Sumber: Solusi ISU 35

Sunday, September 18, 2011

Kelebihan Solat di Akhirat- Tazkirah

 
 
Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat (tidak meninggalkan solat fardu), maka dia akan perolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat (meninggalkan solat fardu), maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)
P.S: Marilah kita sama-sama menambahbaik solat kita dan ikhlaskan diri selalu pada Allah S.W.T. InsyaAllah.

Thursday, September 15, 2011

Kebaikan Ziarah-Tazkirah


 
Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)

Tuesday, September 13, 2011

Marah-Tazkirah



Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,
Sebagai manusia, setiap dari kita tidak lepas dari perasaan marah, cubala amalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis dibawah, moga-moga dapat membantu melegakan perasaan tersebut.
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. berkata: ketika saya duduk bersama Rasulullah saw, tiba-tiba ada dua orang saling memaki sedang salah satu telah merah wajahnya dan tegang pula urat lehernya maka Rasulullah saw bersabda, “Saya mengetahui suatu kalimat yang apabila kalimat itu dibaca, pasti hilang perasaan marah kamu itu, "A’UZUBILLAAHI MINASYSYAITHOONIR RAJIIM.” (HR Muslim)