Wednesday, January 19, 2011
Lihat dunia melalui Earth TV- See the world live through Earth TV - (Website)
Salam buat semua pengunjung yang budiman dan dirahmati Allah SWT. Pernahkah anda mempunyai impian untuk melihat negara lain? jika ya inilah caranya yang mudah, kos efektif dan secara langsung. Layari website www.earthtv.com untuk melihat mana mana negara di dunia melalui siaran langsung berbentuk video dan juga ada yang telah direkod. Anda boleh melancong ke seluruh dunia jika anda mahu secara langsung tanpa meninggalkan rumah.
Anda boleh perhatikan masa, cuaca dan musim sesebuah negara disamping menambah ilmu pengetahuan geografi anda juga boleh menikmati permandangan yang sangat indah dan ianya adalah imej terbaru. Segala Pujian kepada Allah SWT pencipta dan pentadbir seluruh alam yang luas ini.
Greetings for all visitors. Have you ever had a dream to see another country? if so this is how easy, cost effective and it is LIVE feed. www.earthtv.com visit website to see any country in the world via live video and also the form which has been recorded. You can travel all over the world if you want to without leaving your home.
You can see the CURRENT time, weather and season, while adding a country's geographical knowledge, you can also enjoy the beautiful scenery and it is the latest image. Have Fun guys!
Al-Quran Online (website) Malay-English
Salam buat semua pengunjung yang budiman dan dirahmati Allah SWT. Saya ingin berkongsi website Al-Quran online yang saya paling suka kerana ianya sangat efektif, bacaan disertakan audio, teks dan terjemahan. Marilah kita sama-sama betulkan bacaan kita menggunakan kemudahan yang ada semoga kita lebih mahir dan yakin membaca ayat-ayat suci, terutamanya untuk menunaikan solat. Saya sendiri masih perlukan banyak latihan dan saya yakin laman web ini dapat membantu saya ke arah itu, jadi saya ingin berkongsi ilmu yang baik ini semoga kita semua mendapat rahmatnya dalam usaha kita mencari keredhaanNYA. InsyaAllah. Selamat mencuba. www.quran.com
Greetings for all visitors blessed by Allah SWT. I wish to share Al-Quran website online that I like best because it is very effective, the reading included audio, text and translation. Let us make use of the existing facilities to correct the reading of the Holy Quran, so that we will be more skilled and confident reading the surah (holy texts), especially for the prayers. I myself still need more training and I am sure this website will help me in that direction, so I wanted to share this good website and we shall all receive blessings in our efforts to seek Allah’s blessings. God willing. Good luck. www.quran.com
Tuesday, January 18, 2011
Photos of the day/Gambar Pilihan Harian (Photography)
Photos of beautiful landscapes from Norway, Europe. Fun facts: Do you know that Norway is rich with petroleum?
Gambar pilihan harian dari negara Norway, Eropah. Tahukah anda bahawa Norway adalah sebuah negara yang kaya dengan petroleum?
Panduan Tidur yang betul dan kesannya (Tips Kesihatan)
Salam buat semua pengunjung yang budiman dan dirahmati Allah SWT. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara tidur yang baik. Cara tidur yang baik adalah apabila tidur dengan mengiringkan badan kesebelah kanan, dimana tangan kanan menyokong kepala. Ini adalah cara tidur seperti yang diajar oleh Rasulullah.
Mengiringkan badan ke kiri semasa tidur boleh menjejaskan sistem pencernaan dan menekan jantung. Ini akan mempengaruhi kemampuan jantung mengepam darah dan menggangu irama degupan jantung yang normal.
Raja Zatimi Raja Putera 18.01.2011
Jangan Bersedih. (Tazkirah)
Salam buat semua pengunjung yang budiman dan dirahmati Allah SWT. Hari ni terasa teringin menulis tentang emosi manusia yang kerap kali menyebabkan ramai antara kita yang tidak gembira...iaitu kesedihan. Setiap insan yang bernama manusia tidak dapat mengelak daripada mengalami perasaan ini....kerana ia adalah sebahagian dari asam garam kehidupan.
Syaitan sentiasa mencari kelemahan kita dan sentiasa menggunakan kelemahan kita supaya kita mudah putus asa dan terlalu mengikut perasaan, maka janganlah lupa mengadu pada Allah SWT sewaktu kita bersedih dan berdoa supaya kita dapat menghilangkan kesedihan yang ada pada diri kita dengan bantuannya. Saya juga teringat pesanan rakan tadi yang menasihat anak-anak didik yang lain, elakkan berfikiran singkat sewaktu kita dilanda masalah kerana ia akang mengundang kesan yang memudaratkan pada kita.
Saya ingin menasihatkan para pembaca supaya mencari jalan mengatasi kesedihan dan elakkan kesedihan yang berpanjangan kerana ia boleh menjadikan seseorang pasif, putus asa, kera sumbang, tidak produktif dan mendapat masalah pergaulan. Dari bacaan saya juga mendapati kajian menunjukkan kesedihan berpanjangan ada kesan pada kesihatan fizikal iaitu mudah diserang penyakit PARU-PARU. Oleh itu ceria-ceriakan hari anda selalu, jangan sedih-sedih, ada orang yang sangat menghargai anda, menunggu senyuman anda, cuma kadang-kadang tidak dilafazkan secara ucapan. Sentiasa berdoa,redha dan berserah pada Allah SWT, insyaAllah kita akan mudah keluar dari masalah kesedihan. Jangan lupa senyum itu satu sedekah, dari senyuman akan membuahkan kegembiraan pada sesiapa jua :)
Raja Zatimi Raja Putera 18.01.2011
Monday, January 17, 2011
Tips Pendekkan alamat website untuk Blog/Facebook/Twitter (Website)
Salam, pada sahabat semua yang nak sharekan LINKS/PAUTAN laman web yang sungguh panjang, pendekkan dulu
di website http://bit.ly/. Laman web ni akan hasilkan satu link pendek contohnya: http://bit.ly/farTRY akan membawa ke laman web blog saya iaitu http://rajazatimi.blogspot.com. Selamat Mencuba :)
di website http://bit.ly/. Laman web ni akan hasilkan satu link pendek contohnya: http://bit.ly/farTRY akan membawa ke laman web blog saya iaitu http://rajazatimi.blogspot.com. Selamat Mencuba :)
Tanda-tanda Kebesaran Ilahi (Refleksi)
Salam buat pembaca sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi satu pengalaman yang saya lalui. Sebagai seorang yang menghargai alam sekitar saya gemar melihat permandangan/kecantikan alam sekitar dan saya sangat suka mendongak dan melihat apa yang ada di langit dan kebanyakan masanya saya rasa amat gembira. Ada beberapa kali saya mendongak di langit saya ada melihat awan yang membentuk kalimah "Allah" saya mengucapkan syukur melihat Allah SWT memperlihatkan tanda- tandanya.
Di dalam Al-Quran Allah SWT telah befirman bahawa tanda-tandanya ada di langit dan bumi serta pada tubuh badan manusia. Dialah yang mentadbir apa yang ada di langit dan di bumi, yang nyata dan yang ghaib, jadi apabila pekara begini berlaku saya berasa syukur dapat melihatnya sendiri, tapi tidak sempat nak ambil gambar kerana awan yang berarak menyebabkan kalimah tersebut tidak kekal lama. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit kajian jika pekara yang sama berlaku di tempat lain. Alhamdulillah saya menemui beberapa gambar yang sempat dirakam oleh orang lain, di mana kalimah yang tertulis namaNYA di awan. Sekadar ingatan buat kita kepadaNYA insyaAllah.
Kita di berikan Akal fikiran, mata, mata hati maka gunakanlah sebaik-baiknya. Wallahualam.
Refleksi oleh Raja Zatimi, 17.01.2011
Di dalam Al-Quran Allah SWT telah befirman bahawa tanda-tandanya ada di langit dan bumi serta pada tubuh badan manusia. Dialah yang mentadbir apa yang ada di langit dan di bumi, yang nyata dan yang ghaib, jadi apabila pekara begini berlaku saya berasa syukur dapat melihatnya sendiri, tapi tidak sempat nak ambil gambar kerana awan yang berarak menyebabkan kalimah tersebut tidak kekal lama. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit kajian jika pekara yang sama berlaku di tempat lain. Alhamdulillah saya menemui beberapa gambar yang sempat dirakam oleh orang lain, di mana kalimah yang tertulis namaNYA di awan. Sekadar ingatan buat kita kepadaNYA insyaAllah.
Kita di berikan Akal fikiran, mata, mata hati maka gunakanlah sebaik-baiknya. Wallahualam.
Refleksi oleh Raja Zatimi, 17.01.2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

















