Thursday, March 10, 2011

Cita-cita ibarat Tangga (Motivasi)

 
"Cita-cita adalah ibarat tangga, dari sesuatu tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi, tak kiralah macam mana pun bentuk tangga itu, walau tinggi dan sukar sekalipun, kita pasti mendaki sampai ke puncak jika ingin berjaya" 
 
"Jika tiada cita-cita sudah tentu kita tidak berusaha dan hanya berjalan mendatar tanpa sebarang kejayaan".

Raja Mohamad Zatimi Raja Putera

11.03.11

Wednesday, March 9, 2011

"RODA" - (MOTIVASI)


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Hidup ini ibarat roda, sentiasa berputar, kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.
Jika kita dibawah kita cuba untuk ke atas, dan apabila kita sudah sampai diatas jangan lupa orang di bawah atau buat-buat tak INGAT atau buat-buat tak NAMPAK.
Kadang-kadang kita mudah TERLUPA kerana kita hanyalah manusia biasa yang sentiasa diasak dengan ujian kehidupan.
Kini saya sudah ada berada sedikit  di hadapan, ingin sekali berkongsi pengalaman dengan anak-anak didik yang sedang mengorak langkah ke hadapan. Sebagai peringatan diri sendiri, kena beringat-ingat selalu, jika tidak berhati-hati , yang berada di atas boleh jatuh ke bawah, dan yang tidak mahu berusaha akan sentiasa  berada di bawah.  
 Fikir-fikir dan renungkanlah bersama-sama, semoga kita beroleh kebaikan.

Raja Mohamad Zatimi Raja Putera, 10.03.11

Marilah pakat pakat Senyum (Motivasi)


Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, hari ni saya ingin berkongsi kebaikan senyum, agar kita semua sentiasa mengukir senyuman yang akan membahagiakan diri kita dan orang orang di sekeliling kita.


1. Saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh serta memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

 
8.Sewaktu kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

9. Senyuman juga merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah serta merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

11. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

13. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

14. Pujangga menyebut :
" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

Sumber-http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/30266-kelebihan-senyum.html

Sunday, March 6, 2011

"Like and Dislike" (Motivasi)




Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua mengenai apa yang kita suka dan tidak suka. Pada zaman facebook ni, setiap hari orang tekan butang "Like", nasib baik takde butang untuk "Dislike"...

Namun dalam kehidupan kita, dalam banyak situasi kita membuat keputusan apa yang kita suka dan tidak suka..."Like and Dislike". Namun apa yang ingin dinasihatkan disini supaya pembaca janganlah terlalu mengikut perasaan dalam menetapkan apa yang anda suka dan tak suka. Ini kerana mengikut pengalaman saya, apa yang kita "Like dan Dislike" akan berubah mengikut peredaran masa.....jadi jika kita keterlaluan mungkin akan timbul penyesalan  atau kerugian..... 


Jika kita suka sesuatu sekarang, ia TIDAK bermakna kita akan sukainya di masa depan, dan jika kita tak sukai sesuatu, TIDAK bermakna kita tidak akan suka selamanya, kerana kemungkinan besar kita akan suka suatu hari nanti.  Contohnya dalam berkawan, Jika kita hanya memandang kawan dari satu sudut sahaja mungkin kita "Dislike" kat orang tu, namun, jika kita mendidik diri untuk memberi peluang pada orang tersebut dan mengenali lebih dekat dengan orang tersebut, akhirnya kita 'kenal' orang tersebut dan 'Like' akhirnya.. Jadi sentiasalah berfikir dgn bijak sentiasa nak buat keputusan nak pilih
"Like atau Dislike".  

Kesimpulannya nak pesan pada diri sendiri dan kenalan, sentiasalah kita BERSANGKA BAIK dalam segala hal, supaya dalam hidup kita akan ada banyak "Like" drp "Dislike".  :)

Saturday, March 5, 2011

Punca Hidup Hati, Cerah Hati (Tazkirah)








Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Hati adalah salah satu anugerah yang tidak ternilai yang dianugerahkan kepada kita.
Dengan hati kita dapat berniat, melakukan sesuatu dan merasai pelbagai nikmat kehidupan.
Namun ada satu pekara yang harus diingat hati harus dijaga dengan selalu supaya ia tidak 'mati'.
Ketenangan dan kegembiraan hidup adalah datangnya dari hati yang hidup dan bercahaya.

TAHUKAH anda bahawa terdapat bahagian dalam hati kita yang hanya akan hidup apabila kita ingat pada Allah melalui cara zikir dan membaca ayat Al-Quran?.. Kita ada 'ASMA UL HUSNA'...satu amalan yang sangat baik dan banyak kebaikannya...Jadi jadilah orang bijak...ambillah beberapa ketika dalam kehidupan seharian mengingati Allah agar kita tergolong dalam golongan orang orang yang bertuah, iaitu orang yang hidup hatinya. InsyaAllah.

P/S: Akan menyusul artikel kebaikan zikir.

Thursday, March 3, 2011

Kelebihan Solat Jumaat buat kaum Adam.. (Tazkirah)

 
Kelebihan Solat Jumaat buat kaum Adam... 
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Pesanan buat Anak- anak didik: Air Mata Ibu (Motivasi)





Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

"Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu."

Rentetan dari beberapa kes disiplin yang saya uruskan, saya mendapat pelajaran yang besar melihat betapa mulianya seorang ibu yang mengharapkan kebaikan terhadap anaknya.

Namun si anak yang sering melakukan kesalahan seolah olah tidak rasa kesal walau air mata ibu bercucuran gara gara perilaku mereka. Janganlah begitu, yang menangis itu bukan ibu saya, itu ibu kamu.. tetapi saya berasa sedih melihat kesedihan mereka.. bukankah kamu juga diberi akal dan perasaan, jadi fikir fikir sebelum berbuat sesuatu.. harapan saya janganlah diulangi kesalahan yang mengundang kesedihan ibu angkara diri kita..InsyaAllah.