Thursday, March 3, 2011
Pesanan buat Anak- anak didik: Air Mata Ibu (Motivasi)
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
"Setitis air mata ibu, mungkin boleh menjadi air dingin yang memadam api Neraka terhadapmu, setitis air mata ibu itu juga mungkin boleh menjadi minyak yang menyalakan murka Allah yang sarat dengan azab derita itu."
Rentetan dari beberapa kes disiplin yang saya uruskan, saya mendapat pelajaran yang besar melihat betapa mulianya seorang ibu yang mengharapkan kebaikan terhadap anaknya.
Namun si anak yang sering melakukan kesalahan seolah olah tidak rasa kesal walau air mata ibu bercucuran gara gara perilaku mereka. Janganlah begitu, yang menangis itu bukan ibu saya, itu ibu kamu.. tetapi saya berasa sedih melihat kesedihan mereka.. bukankah kamu juga diberi akal dan perasaan, jadi fikir fikir sebelum berbuat sesuatu.. harapan saya janganlah diulangi kesalahan yang mengundang kesedihan ibu angkara diri kita..InsyaAllah.
Monday, February 28, 2011
Antara Harapan, Takut dan Rahmat Allah SWT-Tazkirah
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
"Sikap mukmin kepada tuhannya adalah menyeimbangkan antara perasaan harap dan takut. Mukmin haruslah mengharapkan rahmat dan pertolongan Allah. Ini kerana Allah berjanji bahawa rahmatnya melebihi segala-galanya. "
Sumber:365 Tips Sihat Gaya Rasullullah, Dr. Mohammad Ali Toha.
Saturday, February 26, 2011
Renungan terhadap Ikan- Tazkirah
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. Mari kita renung-renungkan mengenai batas yang Allah telah tetapkan pada setiap ciptaannya. Oleh kerana manusia sering melampaui batas maka cubalah kita belajar melalui beberapa contoh batas yang ditetapkan Allah. Hari ini kita lihat contoh ikan dan pertemuan air laut dan sungai di muara.
1. Ikan dilautan air masin tetap tawar dagingnya walau bertahun-tahun tinggal dalam air
2. Pertemuan antara air tawar dan air masin tetap tidak bercampur di muara.
Maka kita boleh belajar disini, setiap ciptaan Allah SWT ada batas-batasnya tertentu. Marilah kita pujuk diri kita semua supaya tidak melampaui batas yang ditetapkan untuk kita semua InsyaAllah.
Hikmah dan pelajaran dari Pokok- Tazkirah
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT.
Setiap Ciptaan Allah SWT ada hikmahnya untuk direnungi dan difikirkan oleh manusia. Belajarlah dari KESABARAN dan KETABAHAN sebatang pohon. Ini kerana tidak ramai orang yang dapat bersabar, jadi mari kita renungkannya.
Bermula dari benih yang kecil, ia membesar menjadi pokok besar dan semakin kuat akarnya. (jika manusia saya suka kaitkan akar dengan 'pergantungan kita pada Allah SWT' sekuat akar bergantung pada tanah, dan juga 'kekuatan dan ketajaman' akal fikiran). Sebelum menjadi pohon yang kuat ia belajar menahan matahari terik hari demi hari...kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan manusia dan haiwan yang boleh bergerak lagi rakus tingkahlakunya.. Jadi marilah kita ambil pelajaran supaya sebagai manusia kita tidak mudah kalah berhadapan dengan pelbagai keadaan dan suasana (ujian). InsyaAllah.
Sumber: Solusi Bil 28 2011
Friday, February 25, 2011
Timbangan Mizan-Tazkirah
Nabi bersabda, “Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)
Pesanan buat diriku dan saudara-saudaraku, supaya beringat selalu.... semoga kita semua beroleh kemenangan disisi Allah SWT nanti. Amin.
Thursday, February 17, 2011
Takut yang berlebihan- Tips
Salam buat semua pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT. " Hidup sekali, hiduplah penuh erti." Kita mesti berani menghadapi cabaran. Para doktor berpendapat takut yang berlebihan dapat menyebabkan kerosakan sel otak hingga menyebabkan penyakit alzheimer, parkinson, nyanyuk sebelum masa (premature senility) dan mempercepatkan proses penuaan. Bagi yang menguatkan hati, banyakkanlah membaca 'Laa haula wala quwwata illa billah". Semoga perkongsian ilmu sedikit sebanyak memujuk diri kita untuk lebih berani insyaAllah.
Sumber:365 Tips Sihat Gaya Rasullullah, Dr. Mohammad Ali Toha.
Subscribe to:
Posts (Atom)






