Wednesday, July 20, 2011

Intisari Khutbah Nabi Muhammad SAW- Bahagian 2 dan 3

Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Saya ingin berkongsi intisari khutbah Nabi Muhammad SAW agar pesanan yang disampaikan tetap dekat di hati umat-umat yang baginda kasihi, insyaAllah. Berikut adalah rumusan dan intisari khutbah kedua dan ketiga baginda.


1.Dakwah dimulakan dengan keluarga terdekat sebelum disebarkan kepada masyarakat.
2.Sokongan keluarga memberikan kekuatan bagi pendakwah untuk bergerak dengan lebih berani dan selesa,
   tentangan keluarga tidak sepatutnya melemahkan semangat pendakwah menjalankan kewajipan mereka.
3.Antara tugas rasul adalah menyampaikan berita tentang azab dan seksaan Allah pada yang ingkar
4.Allah memberikan kelebihan mukjizat pada para rasul bagi membuktikan kerasulan di hadapan manusia
5.Kasih sayang Rasullullah terhadap umatnya dapat dilihat melalui tindakan beliau yang memilih untuk tidak menunjukkan mukjizatnya semata-mata kerana bimbang Allah akan mengazab mereka jika mereka enggan beriman selepas itu.

Sumber: Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung buat umat tercinta, Rohidzir Rais, PTS, 2011 pp 7-10.

Tuesday, July 19, 2011

Intisari Khutbah Nabi Muhammad SAW- Bahagian 1

Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,


Saya ingin berkongsi intisari khutbah Nabi Muhammad SAW agar pesanan yang disampaikan tetap dekat dengan umat-umat yang baginda kasihi, insyaAllah. Berikut adalah rumusan dan intisari khutbah pertama baginda di Makkah.


1. Sifat utama seorang rasul adalah bercakap benar dan tidak akan menipu.
2. Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul yang diutus oleh Allah SWT bagi menyampaikan Agama Islam, iaitu agama yang diredhaiNYA.
3.Setiap manusia akan merasai mati sebagai mana mereka tidur dan akan dibangkitkan semula sebagaimana mereka bangun dari tidur.
4.Segala perbuatan di dunia akan dihitung, perbuatan baik akan diberi ganjaran pahala, sementara setiap kejahatan akan dibalas dengan dosa.
4.Syurga dan Neraka adalah tempat kembali manusia berdasarkan amalan masing masing ketika di dunia. Syurga dan neraka ini kekal abadi.

Sumber: Khutbah Rasulullah, Wasiat Agung buat umat tercinta, Rohidzir Rais, PTS, 2011 pp 4-5.

Saturday, July 16, 2011

Words of Wisdom-Present = Awesomeness :)




"Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the present".

I found this somewhere online, so would like to share this with all of you :)

Wednesday, July 13, 2011

Bisikan-bisikan-Tazkirah

Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,



"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla membebaskan umatku akan apa yang dibisikkan dan diwaswaskan oleh hati selama ia belum melakukannya atau belum mengucapkannya."

Sumber: Hadith Shahih Sunan an Nasa'i

Tuesday, July 5, 2011

Berkata baik-baik atau diam-Tazkirah

Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT,

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam". (HR Bukhari)

Persevere/Daya Tahan-Motivation/Motivasi



Salam buat semua pembaca yang dirahmati Allah SWT...Motivasi minggu ni adalah resepi kejayaan adalah mempunyai daya tahan yang tinggi dan tidak mudah mengalah apatah lagi putus asa, yakni kepada Allah SWT, kehidupan, tugasan dan segala yang berlaku di sekitar kita...semoga ini mengubati kita dikala ujian kesusahan datang kepada kita, lalui dengan apa yang terdaya.

Greetings everyone..self perseverance is very important where giving up is not an option, is the the recipe for success, but how many can do this? this depends on your own will and your efforts, focus your positive energy and bring in all the efforts then success will be on your side.


Good motivation for difficult times..Raja Mohamad Zatimi Raja Putera