Thursday, May 26, 2011

Jauhkan hasad dengki-Tazkirah

 Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah hasad dengki kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud)
Moral behind the story: Kenapa perlu hasad dengki, kita boleh usaha sendiri bagi dapatkan apa yang kita kehendaki.

Sayangi Anak Yatim-Tazkirah

Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Nabi bersabda, “Aku dan pengasuh anak yatim seperti ini dalam syurga.” Nabi memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah beliau (kedudukannya dekat dengan Nabi). (HR. Bukhari)

Wednesday, May 25, 2011

Walau Sebesar Zarah-Tazkirah



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Agama Islam menekankan agar manusia membuat kebaikan sepanjang kehidupan. Kepentingan berbuat baik amatlah besar pada Allah SWT. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Sesiapa mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan sesiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya pula." (Surah al-Zalzalah 99: 7-8)

Jadi marilah kita berusaha untuk membuat kebaikan walau sekecil mana pun...mungkin ia kecil menurut penilaian kita, tapi belum tentu ia kecil pada pandangan Allah SWT.  Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan kamu menganggapnya ringan sahaja, padahal di sisi Allah ia besar." (Surah al-Nur 24:15)

Saturday, May 21, 2011

Berkilaulah seperti bintang di langit-(Shine your lights on) Tazkirah


Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,

Rasulullah S.A.W bersabda "Penduduk langit melihat rumah yang didalamnya dibacakan Al-Quran, adalah sebagaimana penduduk bumi melihat gemerlapan bintang-bintang di langit, dan sungguh orang yang dalam hatinya tidak terdapat sesuatu pun daripada Al-Quran, adalah ibarat rumah yang sepi (menyeramkan) " Hadis Riwayat Tirmizi.

Pengajaran daripada petikan hadis ini rajinlah solat dan bacalah Al-Quran semampumu sewaktu lapangmu.

Thursday, May 19, 2011

RUGINYA Mengumpat-Tazkirah



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT..

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya" . Maka Allah menjawab: "Semua kebaikan itu (pahala) datangnya dari orang melakukan umpatan kepada engkau tanpa engkau ketahui".
Sabda Rasulullah: "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).
Basahkanlah Bibir dan Lidahmu dengan Zikir sehingga tiada ruang untuk mengumpat.
وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ
Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela
(Surah Al-Humazah 104 : Ayat 1)


SUMBER: Iluvislam.com

Tuesday, May 17, 2011

Amalan bacaan sebelum tidur yang baik bagi muslim-Tazkirah

Salam buat pembaca budiman yang di rahmati Allah, sebelum tidur ada bacaan yang boleh diamal ini salah satu darinya.
"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi)

Thursday, May 12, 2011

Solat Di Awal Waktu-Tazkirah



Salam buat pembaca budiman yang di rahmati Allah, berikut adalah artikel kelebihan solat di awal waktu...

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

Sumber: Iluvislam.com

Wednesday, May 11, 2011

Antara Syurga dan Neraka-Tazkirah

                                                (**gambar hiasan sahaja)
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah S.W.T,
Allah berfirman,"Adapun orang yang derhaka, lagi mengutamakan kehidupan dunia. Maka nerakalah tempat tinggalnya. Sedangkan orang yang takut akan kebesaran Tuhannya, lagi menahan diri dari hawa nafsunya. Maka syurgalah tempat tinggalnya. (An-Nazi'at: 37-41)
Sumber: Tazkirah di Facebook

Monday, May 9, 2011

Kelebihan Bertafakur-Tazkirah

 
 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah S.W.T,
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” (Riwayat ad-Dailani)
Sumber: Tazkirah di Facebook
 

Kelebihan Hari Jumaat-Tazkirah

 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah S.W.T,
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).
Sumber: Tazkirah di Facebook

Sunday, May 8, 2011

Kelebihan bacaan “Subhanallah wa bihamdihi”-Tazkirah

   
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah S.W.T,

Bacaan “Subhanallah wabihamdihi” yang bermaksud (Maha Suci Allah dan segala pujian untuknya).
Rasulullah S.A.W berpesan ,  “Sesiapa yang membaca “Subhanallah wabihamdihi” pada sebelah pagi dan petang sebanyak 100 kali, dihapuskan kesalahan walau sebanyak buih di lautan.

Sumber:  Diari Hidup Rasulullah S.A.W  oleh Muhammad Abd.Syukur

Bacaan yang nilainya melebihi dunia dan isinya, serta tanaman syurga-Tazkirah

 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT,
Bacaan “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illalah wallahu akbar” yang bermaksud (Maha suci Allah, segala pujian milik Allah, tiada tuhan selain Allah, dan Allah itu maha besar) adalah bacaan kesukaan Rasullulah S.A.W, yang nilainya melebihi dunia dan segala isinya

Bacaan itu juga merupakan tanaman syurga. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Pada malam israk, aku bertemu Ibrahim kekasih Allah. Dia berkata, ‘Muhammad, sampaikan salamku pada umatmu, beritahu mereka yang syurga itu pasirnya sangat bagus, airnya sangat jernih dan menyegarkan. Syurga itu adalah sebuah lembah, tanamannya adalah bacaan “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illalah wallahu akbar”.

Sumber:  Diari Hidup Rasulullah S.A.W  oleh Muhammad Abd.Syukur

 

Tuesday, May 3, 2011

Tiga perkara yang kau lihat mendapat pahala ibadah-Tazkirah

 
Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT
Daripada Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim) dan ditambah dengan "Melihat Ka'abah". - (Riwayat Abu Daud).

Monday, May 2, 2011

Makanan terbaik manusia-Informasi



Salam buat pembaca budiman yang dirahmati Allah SWT, Makanan terbaik bagi manusia adalah tumbuh-tumbuhan. Apabila kita perlu makan daging, haiwan yang makan tumbuhan adalah yang terbaik untuk kita. Binatang yang buas adalah binatang yang mempunyai enzim paling sedikit hingga dagingnya sukar dicerna. Pengambilan daging binatang buas menjejaskan fungsi enzim dalam proses pencernaan. Semoga kita boleh manfaatkan informasi ini bersama.


Sumber: 365 Tips sihat gaya Rasulullah Dr. Mohammad Ali Toha